DATUK Seri Najib Razak, barangkali sudah bersedia menghadapi Piihan
Raya Umum (PRU) ke-14. Hanya menunggu detik tepat untuk mengumumkannya.
Paling tidak selepas berasa yakin suasana ekonomi
menampakkan isyarat pemulihan apabila KDNK suku pertama tahun ini mencatat
prestasi baik pada angka 5.8 peratus.
Selaku Perdana Menteri, Najib hanya menanti beberapa
perkara lagi mencatat prestasi memuaskan. Antaranya, pengukuhan ringgit pada
paras RM4 per AS$1.
Serta menantikan pelabur asing membawa kembali RM40
bilion pelaburan ke pasaran domestik. Fakta ekonomi semasa cukup meyakinkan untuk mencapai matlamat itu.
PM berusaha keras meyakinkan
pelabur asing setelah pasaran modal kehilangan angka pelaburan dana
asing berikutan kemelut kejatuhan harga minyak dan komoditi.
Pada suku pertama tahun ini, penganalisis mengumumkan
RM10 bilion sudah kembali ke pasaran domestik; satu angka yang sangat
memberangsangkan bagi mengukuhkan langkah menuju PRU-14.
Tugas PM kini hanya perlu memastikan harga barangan
pengguna kembali stabil, serta mengukuhkan kawalan terhadap beberapa barangan
pengguna yang disenaraikan sebagai masih belum dapat dikawal harga pasarannya.
Namun, isu FGV kini menjadi bom jangka yang tidak diduga. Bom FGV yang mula berdetak jarum
letupannya tiga hari lalu, kini meletakkan PM kembali dalam berada keadaan
sukar.
Apa lagi, FGV berkait secara langsung dengan
sentimen pengundi Felda yang selama ini antara aset utama yang menyumbang
kepada undi popular dan dianggap akaun sokongan tetap terhadap BN.
Ini masalah Tan Sri Isa Abdul Samad! Ahli politik veteran yang sudah malap lampu politiknya. Isa tiba-tiba menjadi liabiliti utama sekiranya
PRU-14 mahu diadakan.
Ketidakcekapan Isa dalam
mengendalikan isu FGV kini menjadi bom jangka yang mampu meletupkan prestasi BN
menuju PRU-14.
Tindakan Isa kini satu liabiliti politik kerana dia
menguruskan aset institusi ekonomi yang sangat sensitif terutama dalam kalangan
pengundi Felda.
Isa dengan semborono dan sangat tidak cekap, gagal
mengendalikan FGV yang menjadi institusi penting terutama status institusi itu
sebagai lambang kejayaan peneroka Felda.
FGV aset bersimbolkan kepentingan peneroka Felda yang
dikendalikan kerajaan. Soal sama ada Isa atau Presiden dan CEO FGV, Datuk
Zakaria Arshad yang bersalah, bukan lagi isu dalam konteks menuju PRU 14.
Isu utamanya, seorang pengerusi sebuah institusi yang
mendokong imej kerajaan dan kepercayaan pengundi Felda kini menjadikan prestasi
kerajaan nampak buruk dan tidak cekap.
Malah, dicurigai kerana Isa dilihat pilihan kerajaan
menduduki kerusi Pengerusi Felda. Lebih parah, bukan Zakaria sahaja
dicutikan.
Tindakan drastik itu turut membabitkan Ketua Pegawai
Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil
Products Sdn. Bhd., Kamarzaman Karim dan CEO FGV Trading, Ahmad Salman Omar.
Empat nama sasa ini memberi persepsi: Tindakan
ditujukan secara pakej membabitkan barisan korporat utama dalam pengurusan
eksekutif FGV.
Sumber: BERSAMBUNG LAGI DISINI KLIK SEGERA
Sumber: BERSAMBUNG LAGI DISINI KLIK SEGERA