Translate

24/11/2014

PEMANDU LIM GUAN ENG DIBUANG KERJA

Guan Eng Minta MPPP Saman Pemandunya Jika Parkir Kereta Secara Haram

BUKIT MERTAJAM: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengeluarkan saman trafik termasuk yang terdahulu sekiranya pemandu beliau memarkir kenderaan rasmi secara haram.

"Saya telah beritahu pemandu saya jika dia bersalah (parkir kereta secara haram), dia perlu berhadapan akibatnya dan dikenakan denda," katanya pada Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di sini, Ahad.

Beliau memberi respons kepada delegasi cawangan Chai Leng Park, Shamsher Singh Thind yang menegur MPPP kerana komited menunda kereta-kereta yang diparkir secara salah tetapi hanya "buat bodoh" apabila ia melibatkan kereta ketua menteri.
Dilaporkan pada Facebook 'MPPP Watch' bahawa kenderaan rasmi Lim, dengan nombor pendaftaran PG1 dikesan diparkir pada laluan basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.
Difahamkan bahawa gambar itu diambil pada Jumaat lalu apbila Lim pergi ke depoh tersebut untuk merasmikan satu majlis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...