Translate

23/11/2014

Lombong Bukit Besi : SPRM Akan Siasat Dakwaan Li Yang


KUALA LUMPUR 21 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat kenyataan Ketua Eksekutif CAA Resources, Li Yang yang mendakwa pernah membayar sejumlah AS$100,000 (RM336,250) kepada beberapa ahli politik bagi mendapatkan gelaran Datuk bertujuan memudahkan operasi lombong miliknya di Bukit Besi, Terengganu sejak awal tahun ini.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah berkata, pihaknya akan bertemu dengan Li Yang bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dakwaan tersebut.


“Dakwaan yang dibuat itu boleh merosakkan nama dan imej pihak istana yang kemungkinan terdapat pihak tengah cuba mengambil kesempatan meminta wang daripada ahli-ahli perniagaan.

SPRM yang mengambil pelbagai pendekatan untuk membanteras rasuah tidak akan bertolak ansur dengan apa jua bentuk rasuah termasuk perbuatan meminta dan memberi rasuah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Li Yang dalam satu temubual bersama New York Times (NYT) baru-baru ini telah memperincikan tentang urusan perniagaannya di Bukit Besi termasuklah sokongan yang diperoleh­nya melalui sogokan wang tunai kepada ahli-ahli politik sebagai cara beliau memudahkan urusan perniagaannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...