KUALA LUMPUR 21 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) akan menyiasat kenyataan Ketua Eksekutif CAA Resources, Li Yang yang
mendakwa pernah membayar sejumlah AS$100,000 (RM336,250) kepada beberapa ahli
politik bagi mendapatkan gelaran Datuk bertujuan memudahkan operasi lombong
miliknya di Bukit Besi, Terengganu sejak awal tahun ini.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah
berkata, pihaknya akan bertemu dengan Li Yang bagi mendapatkan maklumat lanjut
berhubung dakwaan tersebut.
