Guan Eng Minta MPPP Saman Pemandunya Jika Parkir Kereta Secara Haram
BUKIT MERTAJAM: Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)
mengeluarkan saman trafik termasuk yang terdahulu sekiranya pemandu beliau
memarkir kenderaan rasmi secara haram.
"Saya telah beritahu pemandu saya jika dia bersalah
(parkir kereta secara haram), dia perlu berhadapan akibatnya dan dikenakan
denda," katanya pada Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di sini, Ahad.
