Translate

04/08/2014

Melarang warga asing menjadi tukang masak masakan tempatan !!


Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed mahu pemimpin Barisan Nasional (BN) berhenti mempolitikkan dasar kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang baik untuk rakyat dan mengamalkan politik matang bagi terus menarik sokongan rakyat terhadap parti.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu berkata, jika ada dasar kerajaan PR yang dilihat baik untuk negara, ia seharusnya dipuji dan diikuti di peringkat kerajaan pusat bagi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

“Saya menyokong kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri Pelancongan yang menyokong tindakan kerajaan Pulau Pinang melarang warga asing daripada menjadi tukang masak masakan tempatan.


“Ini sebenarnya, amat baik untuk industri pelancongan negara, kerana pelancong asing benar-benar akan dapat merasai rasa makanan Malaysia yang sebenar dan bukannya hasil air tangan warga asing yang baru belajar masakan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata, Nazri sebagai seorang menteri Kabinet berpengalaman berusaha keras untuk memajukan industri pelancongan negara selepas pasca tragedi pesawat MH370 dan MH17 yang menyaksikan jumlah pelancong asing terutama sekali dari China merosot.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...