Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan
Mohamed mahu pemimpin Barisan Nasional (BN) berhenti mempolitikkan dasar kerajaan
Pakatan Rakyat (PR) yang baik untuk rakyat dan mengamalkan politik matang bagi
terus menarik sokongan rakyat terhadap parti.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang
Negara (PAC) itu berkata, jika ada dasar kerajaan PR yang dilihat baik untuk
negara, ia seharusnya dipuji dan diikuti di peringkat kerajaan pusat bagi
kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
“Saya menyokong kenyataan Datuk Seri Nazri
Aziz, Menteri Pelancongan yang menyokong tindakan kerajaan Pulau Pinang
melarang warga asing daripada menjadi tukang masak masakan tempatan.



