Translate

04/09/2012

Empayar Najib vs Empayar Anwar

PENULIS percaya semua orang di luar sana terutamanya yang amat meminati dunia politik tanah air kita sedanga ternanti-nantikan bilakah Pilihan Raya Umum Ke 13 akan di adakan. Teka-teki mengenainya terus menjadi tanda tanya, timbul bermacam-macam andaian tentang tarikh PRU13. Walaubagaimanapun hari ini penulis bukan hendak meramalkan tarikh PRU13.

Apa yang penulis ingin bincangkan hari ini ada kaitan dengan PRU13, apabila kita bercakap mengenai PRU13, ada satu perkara yang sinonim dengan PRU13, perkara yang penulis maksudkan ialah pertembungan dua empayar iaitu Empayar Najib dengan Empayar Anwar Ibrahim.

Siapa sangka dulu mereka daripada pasukan yang sama kini sudah menjadi pesaing dan bersaing sesama sendiri. Masihkan anda ingat Team Wawasan satu ketika dulu? Pada waktu itu Najib dengan Anwar Ibrahim boleh dikatakan sekapal. Tetapi sekarang masing-masing dengan arah tuju masing-masing.

Sejak kebelakangan ini, kita sering dapat lihat kedua-dua empayar cuba menonjolkan kelebihan empayar masing-masing, Najib dengan caranya yang tersendiri begitu juga Anwar dengan cara beliau sendiri menonjolkan kelebihan empayar beliau dengan cara yang tersendiri.

Akhir-akhir ini, kita lihat Najib kerap membuat pengumuman yang boleh disifatkan sebagai 'populis' apabila ianya membuat rakyat merasa senang hati dengan pengumuman yang dibuat oleh beliau. Mungkin ia sesuai dengan janji yang diberikan beliau sebelum ini yang beliau akan cuba menyelami denyut nadi rakyat marhaen dan cuba memberikan yang terbaik buat rakyat.

Begitu juga dengan Anwar, beliau sering membuat janji-janji yang begitu manis di dengar sekiranya Empayar beliau yang dinamakan Pakatan Rakyat dapat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan Malaysia. Di antaranya ialah menghapuskan pinjaman PTPTN dan memperkenalkan pendidikan tinggi percuma untuk rakyat.

Persoalanya sekarang diantara dua empayar tersebut, empayar manakah yang akan mendapat tempat di hati rakyat? Penulis percaya kedua-dua empayar tersebut mempunyai penyokongnya sendiri. Mungkin juga kekuatan penyokong kedua-dua empayar tersebut sama tetapi apa yang menjai penentu kepada kejayaan mereka adalah mereka-mereka yang berkecuali atau lebih tepat lagi kita katakan sebagai golongan 'atas pagar'.

Bagi memastikan empayar mereka mencapai kejayaan, mereka perlu berusaha untuk menyakinkan 'golongan atas pagar' agar memilih empayar mereka, mereka perlu menunjukkan empayar mereka adalah lebih daripada yang terbaik dan dapatlah 'golongan atas pagar' yakin dengan empayar mereka.

Penulis yakin pada waktu ini kedua-dua empayar tersebut sedang berusaha menjari 'senjata terbaik' untuk memastikan empayar mereka mencapai kemenangan. Disamping itu juga masing-masing berusaha untuk mencari kelemahan empayar masing-masing bagi memudahkan serangan dibuat.

Penulis merasakan sukar untuk meramalkan empayar mana yang dapat berkuasa selepas PRU13, begitu juga dengan saudari-saudari pembaca yang budiman sudah tentu anda semua tidak meramalkan empayar mana yang benar-benar dapat menguasai Malaysia, bersama-samalah kita nantikan keputusannya.

Sumber:yieMega

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...