Demikian luah
Muhamad Hasyim Che Ngah yang pinjamannya ditamatkan Yayasan Terengganu (YT)
selepas didapati menyertai perhimpunan Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di Dataran
Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir, tahun lepas.
Muhamad Hasyim, 21, pelajar
tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar adalah antara sembilan anak
Terengganu yang menerima nasib itu, dan hari ini beliau menemui Menteri Besar
Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu agar pinjamannya disambung
semula.
"Saya sebelum ini telah diluluskan pinjaman oleh YT sebanyak
RM301,144. Daripada jumlah itu saya telah belanja sebanyak RM170,000 untuk yuran
pengajian dan sara hidup," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau yang
datang bersama bapanya Che Ngah Abdullah, 57, berkata sejak pinjamannya
ditamatkan pada Julai tahun lepas, tidak ada pihak lain yang tampil membantunya
dalam meneruskan pengajian.