Translate

02/08/2012

HAI GELINYA - 'SEBANGSA, SENEGARA DAN SEJIWA' - NUKILAN ORANG YANG CETEK ILMU PENGETAHUAN

Pembangkang cadangan tukar tema Hari Merdeka kepada 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'


Dalam suasana menjelang pilihanraya segalanya kena lawan,kena bantah,kena tuduh,kena perlekeh dan segala macam yang sewaktu dengannya.Maka jangan hairan kalau dengar Lynas bahaya,Felda nak bangkrap,cadangan projek terminal minyak dan gas (Rapid) di Pengerang jejas alam sekitar dan segala rancangan kerajaan buruk belaka.

Bukan setakat itu pakatan pembangkang juga halakan senapang tema Hari Merdeka 31 Ogos 'Janji Ditepati'.

Dulu hal-hal seperti ini tidak pernah berbangkit namun sekarang ini tiba-tiba jatuh sensitif sangat.

Tema Janji Ditepati didakwa tidak sesuai untuk Malaysia kerana ia sama dengan slogan BN.

Rabu pembangkang umum tema alternatif sebagai cadangan diguna kerajaaan ganti tema Janji Ditepati.

Dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said umum tema mereka ialah "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".

Beliau mendakwa tema itu lebih neutral dan memberi gambaran kebersamaan rakyat dan negara tanpa ada sebarang agenda politik.

Katanya ia dipilih dari 250 cadangan slogan yang diterima melalui e-mel.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir sama berkata, pimpinan pakatan pembangkang akan bincang mengenai kemungkinan negeri-negeri yang merejka kuasai mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan dengan tema alternatif itu jika kerajaan pusat tidak mahu menukar tema Janji Ditepati.

Soalnya sekarang apakah cadangan pakatan pembangkang mengenai tema Hari Merdeka itu perlu dilayan.

Ada juga yang bertanya pernah ke selama ini pakatan pembangkang tunduk pada mana-mana cadangan atau tuntutan BN dan pihak luar.

Rasanya Mustapha pun tahu dan Samad Said pun tahu pembangkang tidak pernah ambil peduli langsung.

Contoh yang paling jelas sekalipun disahkan 99.9 peratus tulen video seks libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan GRO China,pembangkang buat tidak peduli sahaja.

Mereka bukan saja tidak layan desakan diadakan siasatan terbuka keatas dakwaan skandal yang serius itu sebaliknya memperlekehkan dengan alasan bodoh mendakwa video tidak boleh jadi bahan bukti.

Makanya pembangkang tidak perlulah nak berdrama lebih-lebih jika cadangan mereka ini ditolak kerajaan.

Lagipun ramai yang melihat cadangan tukar tema itu tidak lebih dari satu lagi gerakan perang saraf politik mereka.- 1/8/2012

Sumber:agendadaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...