Translate

Memaparkan catatan dengan label Yayasan Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yayasan Terengganu. Papar semua catatan

22/03/2013

NAMA DUA PERAJURIT TERKORBAN AKAN DIABADIKAN PADA NAMA JALAN

Besut, 21 Mac - Kerajaan Terengganu akan mengabadikan nama dua perwira negara berasal dari negeri ini yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada nama jalan. 

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata ia sebagai tanda memperingati jasa dan pengorbanan mereka iaitu ASP Zulkifli Mamat dan ACP Ibrahim Lebar. 

"Kami akan menamakan jalan di tempat kelahiran mereka sebagai tanda peringatan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan RM50,000 masing-masing kepada keluarga kedua-dua perajurit itu di Kampung Kubang Ikan dan Jabi, Jerteh di sini hari ini. 

Ahmad turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri juga menawarkan pinjaman pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada kedua-dua anak Allahyarham Ibrahim yang sedang menuntut di sebuah universiti di Mesir dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat. 

02/08/2012

Pelajar Yayasan Terengganu Kesal Sertai Bersih 2.0 Di Mesir

KUALA TERENGGANU, 1 Ogos (Bernama) -- "Saya sungguh kesal dan saya tidak akan buat lagi kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat begini."

Demikian luah Muhamad Hasyim Che Ngah yang pinjamannya ditamatkan Yayasan Terengganu (YT) selepas didapati menyertai perhimpunan Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir, tahun lepas.

Muhamad Hasyim, 21, pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar adalah antara sembilan anak Terengganu yang menerima nasib itu, dan hari ini beliau menemui Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu agar pinjamannya disambung semula.

"Saya sebelum ini telah diluluskan pinjaman oleh YT sebanyak RM301,144. Daripada jumlah itu saya telah belanja sebanyak RM170,000 untuk yuran pengajian dan sara hidup," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang datang bersama bapanya Che Ngah Abdullah, 57, berkata sejak pinjamannya ditamatkan pada Julai tahun lepas, tidak ada pihak lain yang tampil membantunya dalam meneruskan pengajian.

19/04/2012

PEMIMPIN PAS KECUT PERUT - CABARAN MB TERENGGANU !!!!

Image Detail

SYABAS MB TERENGGANU, JANGAN BERGANJAK DG ARAHAN YANG TELAH DIKELUARKAN. BIAR PENGHASUT DAN PENGKHIANAT INI MERASAINYA. PAS (PITI AMBIK SOKMO)

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said hari ini mencabar pemimpin Pas supaya membiayai pengajian sembilan pelajar yang dikenakan tindakan penarikan balik pinjaman oleh Yayasan Terengganu (YT).

Katanya, mereka yang bertanggung jawab menghasut pelajar-pelajar ini supaya menentang kerajaan, jadi sekarang mereka (Pas dan PKR) perlu mengambil alih membiayai pengajian pelajar berkenaan di Mesir.



02/04/2012

YT JANGAN GENTAR UGUTAN GEMPUR !!!!

yt

Yayasan Terengganu (YT) perlu bertindak tegas dan berpegang tegoh dengan keputusan yang telah diputuskan. Jangan sekali-kali tunduk dengan ugutan yang bodoh dan keterlaluan itu. Jika turut dengan tuntutan tersebut, maka perkara yang lebih buruk akan berlaku dimasa-masa akan datang.

Kerajaan membiayai kos pembelajaran mereka-mereka itu, tetapi membantah kerajaan, diumpamakan 'ANAK DERHAKA'. Ugutan yang keterlaluan - “Kita mendesak agar YT segera menarik balik penamatan pinjaman ke atas sembilan penuntut di Mesir yang terlibat itu dan sekiranya tidak kami (Gempur) dan gerakan mahasiswa lain tidak akan teragak-agak untuk bergabung ???" mengadakan rusuhan ???? dipersilakan ???



SYABAS & TAHNIAH YT bertegas dengan tindakan tarik balik pinjaman.

Muka-muka SAMDOL (GEMPUR)
Yayasan Terengganu (YT)tetap bertegas dengan tindakan menarik balik pinjaman sembilan pelajar yang terlibat dengan perhimpunan haram di Dataran Hayyu Asyier, Mesir walaupun ada pihak menghantar menerima memorundum supaya tindakan itu dibatalkan.

Timbalan Pengarah (Pendidikan) YT , Encik Razali Mahmud, berkata pihaknya menerima memorandum tersebut yang dihantar 16 wakil Persatuan Gerak Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) hari ini, tetapi YT terpaksa bertegas dengan keputusan itu kerana jelas kesemua pelajar itu melanggar peraturan dengan menyertai perhimpunan haram Bersih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...