Translate

03/08/2012

POK NIK BUAT-BUAT DOK NAMPOK KESUSAHAN RAKYATNYA ??


RM5 sehari kayuh beca

KUALA KRAI - “Kadangkala RM5 sehari pun ada,” luah warga emas, Baharom Ali, 65, ketika ditanya pendapatan hariannya sebagai seorang daripada lima penarik beca yang masih beroperasi di bandar ini.

Baharom dari Kampung Jirat, dekat sini, berkata, pendapatan paling tinggi mampu diperolehnya selepas seharian mengayuh beca, adalah sekitar RM20 termasuk daripada pelanggan tetap.

“Paling tinggi boleh dapat RM20 hingga RM30, itu pun bila ada tambahan kerja punggah barang dan kalau tak, selalunya dapat RM5 atau RM10 sehari.

“Saya juga ada pelanggan tetap yang ulang-alik hantar barang ke pasar,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Guchil, Tuan Aziz Tuan Mat di pekarangan Pasar Besar Kuala Krai, kelmarin.

RM5 sehari kayuh beca
Tuan Aziz (tiga, kiri) bersama Baharom dan Mat Daud selepas menyampaikan sumbangan kepada penarik beca di Kuala Krai, kelmarin.

Hadir sama mengiringi Tuan Aziz yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Pentadbir Mukim Dun Guchil, Samsudin Ariffin dan Ketua Pemuda Umno Dun itu,
Tuan Ismail Raja Dollah.

Mat Daud Yaacob, 72, pula berkata, walaupun hanya dapat sekitar RM10 sehari pada hari biasa, dia terpaksa mengayuh beca separuh hari dan pulang ke rumah lebih awal pada Ramadan kerana pelanggan tidak ramai.

“Pendapatan kurang sikit bulan puasa sebab pelanggan tak ramai. Nasib baik ada pelanggan tetap, ada juga pendapatan walaupun tak banyak.

“Terima kasih kepada Tuan Aziz atas sumbangan ini. Sedikit sebanyak dapat ringankan beban ditanggung untuk Ramadan dan persiapan hari raya nanti,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Tuan Aziz berkata, sumbangan bagi membantu lima penarik beca yang masih bertahan di bandar ini selepas perkhidmatan itu mula diperkenalkan di daerah ini lebih 30 tahun lalu.

“Sumbangan bagi bantu penarik beca yang rata-ratanya warga emas untuk selenggara beca masing-masing, dan sebagai persiapan bagi menyambut hari raya tidak lama lagi,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...