KUALA KRAI - “Kadangkala RM5 sehari pun ada,” luah warga emas, Baharom Ali, 65, ketika ditanya pendapatan hariannya sebagai seorang daripada lima penarik beca yang masih beroperasi di bandar ini.
Baharom dari Kampung Jirat, dekat sini, berkata, pendapatan paling tinggi mampu diperolehnya selepas seharian mengayuh beca, adalah sekitar RM20 termasuk daripada pelanggan tetap.
“Paling tinggi boleh dapat RM20 hingga RM30, itu pun bila ada tambahan kerja punggah barang dan kalau tak, selalunya dapat RM5 atau RM10 sehari.
