Translate

13/12/2011

Pakatan & Majlis Peguam Mahu Gulingkan Kerajaan

alt
KUALA LUMPUR, 12 Dis 2011 - : Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata NGO tajaan Amerika Syarikat menyumbang dana kepada beberapa pemimpin dalam parti pembangkang dan Majlis Peguam untuk mengguling kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata demikian semasa mengulas laporan AFP semalam bahawa ada bukti NGO tajaan AS cuba mengkucar-kacirkan Kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau membangkitkan peranan golongan prozionisme neokonservatif dan peranan Institut Kajian Dasar (IKD) yang digerakkan pembangkang untuk  menguasai dunia melalui proksinya, Amerika Syarikat.
“Kalau IKD bergerak untuk meneliti dasar tidak mengapa, tetapi kalau nak kaji segala dasar macam Dasar Ekonomi Baru, nampak jelas tujuan mereka. Sebab itu kita harus berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan pihak seperti ini,” katanya.
Dr Mahathir yakin dengan bukti yang kukuh, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung gerakan itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...