KUALA LUMPUR, 12 Dis 2011 - : Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata NGO tajaan Amerika Syarikat menyumbang dana kepada beberapa pemimpin dalam parti pembangkang dan Majlis Peguam untuk mengguling kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata demikian semasa mengulas laporan AFP semalam bahawa ada bukti NGO tajaan AS cuba mengkucar-kacirkan Kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.