Translate

13/12/2011

Saya Tidak Kisah Tidak Dicalonkan oleh Parti PAS

alt
KUALA LUMPUR, 12 Dis 2011 - Datuk Dr Hasan Mohd Ali berkata beliau sudah lama bersedia untuk menerima berita digugurkan atau tidak diletakkan sebagai calon parti Pas pada pilihanraya umum nanti.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas kawasan Gombak Setia bagaimanapun menganggap perkara ini remeh-temeh kerana beliau mempunyai agenda yang lebih besar untuk dilaksanakan.

Beliau yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Datuk sempena Hari keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-66 menegaskan agenda besarnya adalah mahu menumpukan usaha memartabat Islam, bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi Raja .
Dalam nada sinis, Hasan Ali berkata beliau tidak memerlukan pengiktirafan dari parti mahupun presiden untuk melaksanakan cita-cita besarnya dan bersedia menggalas tugas tersebut selagi beliau diperlukan oleh masyarakat.
Beliau yang diminta mengulas kontroversi pengguguran daripada menjadi calon Pas berkata beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh pimpinan tertinggi parti dan berlapang dada dengan keputusan parti Pas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...