Marang 12/12/2011 - Gelombang PAS GANTI UMNO ancam UMNO-BN Terengganu itulah manifesto PAS Terengganu yang diperkenalkan dalam menghadapi PRU ke 13. Berbagai-bagai kenyataan telah dikeluarkan dan dilemparkan kepada kepimpinan UMNO-BN Terengganu sebagaimana yang dipaparkan dalam FIKRAH (Harakah) keluaran 8/12/2011. Nak baca rasa geli... dan nak mutah dibuatnya.
Tapi apakah PAS atau DS Hadi Awang tidak nampak dengan mata kepala sendiri, hanya pandai bercakap di masjid-masjid saja ???? Permasalahan penduduk disekitar kawasan DUN Rhu Rendang dan Marang amnya tidak dipedulikan. Apakah itu dinamakan pentadbira Islam atau Negara Berkebajikan ???
Selama 7 (tujuh) penggal menerajui DUN Rhu Rendang tidak ada satu pun pembangunan ataupun permasalahan rakyat dapat diselesaikan. Bila bercakap diluar daripada Terengganu bagaikan nak gila. Bergegar stadium kononnya PAS telah menunaikan janji-janji dan mendekati masyarakatnya. Hah...indah kabar dari rupa.
Paparan pertama dikeluarkan untuk membuktikan ketidak mampuan DS Hadi Awang untuk memimpin masyarakat DUN Rhu Rendang dan amnya Marang, apatah lagi untuk memerintah negara. Jauh panggang daripada api.....
Lihat lah sendiri apa yang berlaku.... Penduduk setempat (Pengundi PAS) hanya menuding jari kepada Pengerusi JKKK tidak membantu, tetapi kenapa tidak melutut pada DS Hadi....???????
Paparan demi paparan akan dikeluarkan untuk dilihat oleh semua masyarakat agar dapat menilaikan kebenaran apa yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin PAS yang boleh dikatakan terkeluar daripada niat naluri hati yang bersih sebagai seorang ISLAM.
Paparan demi paparan akan dikeluarkan untuk dilihat oleh semua masyarakat agar dapat menilaikan kebenaran apa yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin PAS yang boleh dikatakan terkeluar daripada niat naluri hati yang bersih sebagai seorang ISLAM.