Mengapa pemimpin BN terutama UMNO tidak tampil dengan tindakan lebih berani dan agresif melawan serangan pembangkang terutamanya didalam isu Agama dan kedaulatan Raja Raja. Mengapa mereka ini terlalu bersikap budiman dan mengambil strategi bertahan?. Adakah mereka ini terlalu takut dengan nilaian Undi dari kehilangan maruah Agama dan Bangsa?.
Assalamualaikum sahabat pembaca Ob21 dot net, semoga berada didalam lindungi Allah semata tiada yang bersekutu dengan Nya.
Baik sahabat kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan sifat biadap segelintir manusia yang menumpang di bumi Malaysia ini terutama dari parti politik pembangkang yang terang terang tidak lagi berpegang dan menghurmati Kepercayaan kepada Tuhan, Tidak lagi menunjukkan Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Tidak menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran perlembagaan, sudah tidak lagi menjaga kedaulatan undang undang dan sudah hilang rasa kesopanan dan kesusilaan…kesemua yang temaktup didalam Rukun Negara.
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Mungkin mereka ini terlalu inginkan tragedi hitam 13 Mei ini berulang kembali dengan hrapan mereka boleh mengubah lanskap politik dan pentadbiran negara setelah 12 kali pilihan raya umum, mereka gagal melakukannya.
Mengapakah pemimpin politik hari ini dilihat terlalu berlembut, lembik, bertolak ansur dan memberi muka yang mana kita tahu kerana bersifat beginilah yang menjadi punca kepada kebiadapan, keterlaluan tindakan dan tuntutan, serta penentangan melulu tak habis-habis.
Agak malang sekali, kebiadapan puak puak ini sebenarnya dibantu oleh orang kita juga. Bak kata pepatah orang lama dulu “Hanya kayu yang dapat menumbangkan kayu(balak)” Hanya Hulu yang kebiasaannya dari kayu yang membantu mata kapak (besi) untuk memotong kayu balak, jika semata ‘mata kapak’ (besi) agak sukar untuk kayu itu di belah.
Mengapa sahingga hari ini tidak kita dengar pembelaan dari Ahli Politik atau pemimpin yang diharapkan membela untuk menangkis segala tomahan jahat dan mengina tersebut. Baik politiknya, budaya bangsanya, malahan tidak terkecuali dengan penghinaan agama Islam, dimanakah para bijak pandai didalam bidang mereka untuk menangkis tomahan pengkhianat negara bangsa dan agama ini?.
Adakah mereka ini hanya bergantung pada siaran media atau mengharapkan wartawan pergi bertemu mereka untuk mendapatkan secebis catatan teguran yang belum pasti kesannya?
Mengapa tiada tindakan untuk menjelajah ke seluruh negara, dari kampung ke desa, dari pekan ke bandar, dari lembah ke lurah dan dari bukit ke gunung untuk menerang dan menjawab tomahan tomahan mereka terhadap kepimpinan hari ini, atau cukup sekadar memberi alasan “kita tidak terikut dengan puak pembangkang” atau dalam diri pemimpin kita ada berdenyud nada ” elok lah kena serang sepatutnya jawatan itu aku yang punya, oleh kerana aku tak dapat elok lah kau kena” kerana didalam jiwa pemimpin kita ada sebesar zarah hasad dan dengki sesama kawan seperjuangan.
Ingatlah sahabat sekelian kita boleh sekat niat buruk dan perancangan jahat mereka dan kita tetap boleh menyekat kemaraan keganasan politik mereka yakni melalui proses Pilihanraya tetapi yakinkah kita perkara ini boleh dilakukan sekiranya kita sendiri tidak bersatu dan bersungguh untuk menghalang dari berulangnya tragedi penghinaan terhadap Agama,Bangsa dan Negara yang berlaku hari ini.
Aku yakin mesti ada berpuluh ribu , malahan berjuta lagi di luar sana , yang mempunyai tahap kesedaran yang tinggi berhubung bahaya dan malapetaka yang bakal menimpa bangsa apabila kuasa politik kita direbut orang. Ini paling menyedihkan ! Tapi lebih sedih ialah kemusnahan ini dibantu oleh orang kita sendiri yang terlalu ghairah untuk berkuasa dan menjadi Perdana Menteri.
Kau tahu aku pun tahu.. cuma Kuasa Allah S.W.T. menjadi Penentu.
Orait sahabat sampai disini dahulu, jumpa lagi lain masa InsyAllah.