Translate

12/04/2019

TAK KAN LAH PM TAK FAHAM > MEMANG HATI JAHAT

Pertikaian mengenai siapa yang berkuasa melantik Menteri Besar Johor yang baharu, diredakan oleh Menteri Dalam Negeri, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN YANG MENYATAKAN ‘SUDAH ZAMAN BERZAMAN dilaksanakan dan dikuatkuasakan’ pelantikan itu dilakukan Sultan di negeri tersebut.

Muhyiddin yang juga Presi­den Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, memang SUDAH TERMAKTUB DALAM UNDANG-UNDANG TUBUH JOHOR 1985 DAN TIDAK SEHARUSNYA DIPERDEBATKAN oleh mana-mana pihak.

Beliau yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor sebelum ini juga dengan tenang memaklumkan undang-undang tersebut sudah menjelaskan secara lengkap tata cara pemilihan Menteri Besar di nege­ri tersebut.

“Biasanya ketua parti yang menguasai Dewan Negeri ini macam dalam kes ini ialah Pakatan Harapan, membawa nama kepada Tuanku. Selepas dibawa, dalam Perlembagaan itu raja atau kes ini Sultan yang melantik Menteri Besar.

“Itu ada dalam Perlembagaan. Pasal Perlembagaan kata mesti dilantik oleh sultan dan sultan akan memutuskan berdasarkan nama yang dikemukakan oleh parti yang mempunyai kerusi paling banyak di Dewan Negeri,’’ katanya.

Rujuk: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...