KUALA LUMPUR: Janice Lee menasihatkan
bekas parti anutannya, DAP dan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) agar
MENGHENTIKAN BUDAYA POLITIK NEPOTISME.
Beliau yang kini Setiausaha Parti
Rakyat Malaysia (PRM) berkata budaya ahli keluarga memegang jawatan
penting dalam parti
tidak akan menyuburkan sistem demokrasi di negara ini.
"Didalam politik perlu ada 'check and balance' dan
pembahagian kuasa yang telus bagi memastikan negara semakin maju dan parlimen
semakin berkembang setimpal dengan sistem demokrasi negara.
"Saya rasa DAP atau lain-lain
parti tidak sepatutnya mengamalkan nepotism kerana perkara ini bercangggah
dengan konsep demokrasi dan meritokrasi dalam setiap parti," katanya dalam
satu temu bual eksklusif bersama Antarapos.
Budaya politik nepotisme dalam PH bukan
isu asing malah kerap kali diperkatakan.
Namun ia ibarat 'MENCURAH AIR KE DAUN KELADI' dan
budaya ini terus diterima pemimpin serta penyokong akar umbi parti politik PH.
Untuk rekod, DAP
diterajui penasihatnya Lim Kit Siang sementara anaknya Lim Guan Eng memegang
jawatan paling penting dalam parti, iaitu Setiausaha Agung.
Manakala, PKR pula terdiri daripada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar
Ibrahim sementara isterinya menduduki kerusi presiden parti dan anak sulong
mereka, Nurul Izzah Anwar menjawat
jawatan naib presiden.
Parti yang baru menganggotai PH, PPBM pula menyaksikan pengerusinya
dikuasai Tun Dr Mahathir Mohamad sementara anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir pula
menjawat jawatan timbalan presiden.
Lebih menarik, PH sebulat suara untuk
memilih Dr Mahathir sebagai calon sementara perdana menteri pembangkang jika
menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Azizah pula dipilih sebagai calon
timbalan perdana menteri pembangkang.
Sementara Anwar akan mengambil alih
jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir apabila beliau dibebaskan daripada
penjara dan mendapat pengampunan Yang Di-Pertuan Agong.
Jika itu yang berlaku, Malaysia bakal
mendapat perdana menteri dan timbalan perdana menteri yang merupakan pasangan
suami isteri.
Justeru Janice yang juga bekas ADUN
Teratai berkata sebelum menjadi semakin parah, PARTI
PEMBANGKANG HARUS BERHENTI MENGAMALKAN BUDAYA NEPOTISME dalam
berpolitik.
"Saya rasa mungkin akan ada
'conflict of interest' dalam satu hari. Contoh, suami jadi perdana menteri dan
isteri menjadi menteri kewangan. Jadi apa-apa masalah boleh dibincangkan di
rumah sahaja tanpa dibincangkan dalam mana-mana kabinet atau jawatankuasa.