Isnin, 15 Januari 2018

AZMIN MEMPERALATKAN MADEY DI PRU 14

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali SENGAJA MENAWARKAN KERUSI PARLIMEN GOMBAK KEPADA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD pada pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana yakin PENGERUSI PPBM ITU TIDAK MAMPU PEROLEH KEMENANGAN.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Gombak, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata jika Dr Mahathir tewas pada PRU akan datang, beliau TIDAK LAYAK untuk ditabalkan sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya bentuk kerajaan di Putrajaya.

Bukan sahaja berjaya mengekang Dr Mahathir daripada menjadi perdana menteri, Azmin juga boleh 'lari' ke kawasan lain yang lebih selamat untuk beliau tandingi, kata Megat Zulkarnain.

“Pertamanya, Azmin boleh MEMPERGUNAKAN DR. MAHATHIR dengan mencalonkan beliau di Gombak bagi membolehkannya lari ke kawasan selamat lain.

“Keduanya, jika Dr. Mahathir kalah di Gombak, maka Pengerusi PPPBM itu tidak layak menjadi perdana menteri sekali gus membuka peluang kepada Mohamed Azmin. Beliau ‘bunuh dua burung guna satu batu’,” katanya dipetik Utusan Online.

Menerusi akaun Twitternya, Mohamed Azmin menawarkan kerusi Parlimen Gombak yang disandang beliau kepada Dr. Mahathir untuk ditandingi Pengerusi PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zainal berkata Mohamed Azmin sedar dirinya mempunyai peluang yang tipis untuk menang di Parlimen Gombak kerana tidak lagi mendapatkan sokongan daripada PAS.

PAS selepas puas dipujuk parti komponen PH tetap menyatakan pendirian untuk tidak bersama gagasan itu lantaran berpatah arang berkerat rotan dengan parti DAP dan parti serpihannya, Amanah.

“Bagi saya tawaran Mohamed Azmin itu seolah-olah satu helah licik yang cuba dilakukan kerana beliau tahu jika Dr. Mahathir bertanding di Parlimen Gombak, bekas perdana menteri itu dijang­ka berhadapan dengan peluang tipis untuk menang apabila berhadapan dengan PAS dan BN (Barisan Nasional).

“Jika Dr. Mahathir kalah di Parlimen Gombak, maka peluang beliau untuk menjadi perdana menteri itu sudah tentunya mustahil. Mohamed Azmin pula dijangka mencari dan bertanding di kawasan selamat dan kemudiannya dianggap sebagai calon sesuai untuk menjadi perdana menteri,” jelas beliau.

Pun begitu, Dr Mahathir dalam reaksinya berhubung tawaran Mohamed Azmin menolak untuk bertanding di kerusi Parlimen Gombak.

Ujarnya beliau hanya berminat untuk sama ada bertanding di kerusi Langkawi, Kubang Pasu ataupun Putrajaya sahaja.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...