Ahad, 10 Disember 2017

TONY PUA SOKONG TINDAKAN ZAID IBRAHIM

Ahli DAP bebas berkata apa sahaja, demikian dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Utara, Tony Pua “Saya rasa ahli-ahli parti kami dibenarkan untuk mengekspresikan pandangan mereka, tetapi mereka perlu menyelesaikan segala akibat buruk yang akan muncul,” itu kata Tony Pua sewaktu memberi komen mengenai kontroversi melibatkan komen twitter Dato’ Zaid Ibrahim.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Free Malaysia Today, Tony Pua berkata bahawa tindakan tersebut akan memberi kesan kepada parti, lebih-lebih lagi sekiranya ahli yang terlibat tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti.

Ahli DAP Dato’ Zaid Ibrahim dalam twitternya Selasa lepas telah menyelar dan memperlekehkan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang antara lainnya menegur bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung kenyataan menghina Bugis.

Tindakan Dato’ Zaid menimbulkan kemarahan orang ramai dan menyebabkan Sultan Selangor murka terhadapnya. Lantaran itu, Sultan Sharafuddin menitahkan Zaid untuk keluar dari Selangor sekiranya tidak bersetuju dengan teguran baginda kepada Dr Mahathir. Dato’ Zaid Ibrahim sedang disiasat di bawah Akta Hasutan selepas laporan polis dibuat ke atasnya.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...