Translate

27/11/2017

WAYANG MAHATHIR 'GEMPAK ROS' TIDAK MENJADI - PADAN MUKA

AGAK MUSTAHIL jika difikirkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat menjangka ada sesuatu yang tidak kena dengan permohonan empat parti pembangkang yang dipimpinnya dalam Pakatan Harapan (PH) untuk berdaftar sebagai sebuah entiti politik.

Sebagai seorang ahli politik veteran yang terkenal dengan ketegasan dan disiplin “hati keringnya” sebagai seorang doktor, sudah tentu beliau tidak akan membiarkan PERMOHONAN ITU DIPETI-SEJUKKAN oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).

Dr Mahathir pernah membuat pengakuan bahawa sebagai seorang doktor, falsafah pentadbirannya ialah jika sesuatu isu itu perlukan tindakan segera beliau sentiasa bersedia melakukannya demi ‘menyelamatkan kepentingan lebih besar’.

Lantas bila beliau merungut dan memaksa diri untuk menemui Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ia menjentik sedikit keraguan sama ada beliau sebenarnya hanya ‘berlakon’ untuk menjadikan isu berkenaan suatu sensasi politik.

Nasibnya agak kurang baik kerana pada Isnin 20 November lalu tarikh beliau mahu bertemu Zahid, kebetulan Timbalan Perdana Menteri yang pernah ditahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dilihat condong kepada politik saingannya, Anwar Ibrahim, Zahid tiada di pejabat.

Maka beliau dan beberapa panglima pembangkang terpaksa berhadapan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim sahaja. Ketika itu seharusnya Dr Mahathir sedar beliau tidak mengamalkan falsafah kedoktorannya.

Lazimnya Dr Mahathir akan bertindak menyemak mengapa tiada jawapan tuntas daripada pihak RoS. Jika beliau menggunakan naluri kedoktorannya dan mengambil tindakan susulan, pasti beliau sudah mendapat jawapan daripada RoS lebih awal lagi. 

Dr Mahathir diberitahu bahawa adalah sukar memproses permohonan PH itu kerana ada dua parti yang memohon untuk bergabung di bawah panji-panji PH itu menghadapi masalah melanggar pra-syarat pendaftaran.

Rekod pengurusan DAP selekeh. RoS sudah berkali-kali mengarahkan parti berkenaan memperbaiki proses pemilihan barisan peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC). Namun DAP memandang ringan isu itu. 

Begitu juga dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpinnya sendiri. Walaupun perlembagaan parti menetapkan bahawa mesyuarat agungnya mesti dilaksanakan dalam tempoh setahun penubuhannya, tindakan itu masih belum diambil.

Tambahan pula, “PENYELEWENGAN” dengan menggunakan rujukan Armada untuk sayap pemuda parti itu juga adalah bercanggah dengan peraturan penubuhan PPBM. 

Keadaan ini diburukkan lagi dengan banyak laporan daripada ahli akar umbi parti itu langsung kepada RoS berhubung pelbagai tatacara PENGURUSAN PPBM YANG DIKATAKAN TIDAK TELUS DAN ADA TUDUHAN BERLAKU PENYELEWENGAN KUASA. 

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...