Translate

04/10/2017

RAFIZI SOTONG SEMAKIN TERTEKAN DAN GEMBIRA MELIHAT RAKYAT MALAYSIA MENDERITA

Mengapa Rafizi Sentiasa Tidak Gembira?
Saya maklum terhadap rayuan YB Rafizi Ramli untuk berdebat dengan saya mengenai kutipan cukai.
Bagaimanapun, ramai yang berpendapat cabaran ini adalah satu usaha Rafizi untuk memesongkan perhatian dari pertelingkahan dalaman parti mereka dan pihak di luar parti seperti Dato’ Ambiga Sreenevasan di mana Rafizi turut menggelar wanita peneraju gerakan BERSIH itu sebagai anti Pakatan Harapan.
Saya akui pertelingkahan dalaman Pakatan Harapan yang sedang berlaku ini bagaikan satu sarkas dan sangat menarik untuk ditonton.
Terkini hari ini, Rafizi mendedahkan satu perbualan sulit yang memaparkan Ambiga sebagai pihak yang memberikan beberapa dokumen yang menyumbang kepada kegagalan Langkah Kajang untuk menggulingkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagi tidak mengganggu pertelingkahan Rafizi dan memberi ruang kepadanya untuk memesongkan perhatian daripada masalahnya itu, Rafizi patut membuat rayuan yang sama dalam tempoh sebulan dari sekarang. Lagipun, tiada keperluan yang mendesak untuk debat itu diadakan mengenai isu itu.

Mungkin dalam tempoh sebulan dari sekarang, pertelingkahan dalam Rafizi akan berakhir atau dia sudahpun meninggalkan parti, atau lebih buruk lagi, dia dipecat dari parti.
Apapun, saya tak faham apa yang Rafizi tidak gembira dengan kutipan cukai bagi tahun sebelum ini.
Sebelum ini, Rafizi mendakwa kutipan cukai telah melangkaui pertumbuhan KDNK di mana dia membuat tuduhan, ia membebankan rakyat. Dia kemudian menggesa kerajaan untuk mengurangkan cukai pendapatan dan cukai korporat memandangkan GST sudah dilaksanakan.
Apabila saya utarakan bahawa kedua-dua kadar cukai korporat dan pendapatan telah turun secara ketara sejak 2008, Rafizi mengakui yang kadar itu sudahpun menurun dan mengakui rakyat membayar cukai lebih rendah dan ramai individu kini sudah dikecualikan dari membayar cukai pendapatan.
Bagaimanapun, dia kini mencetuskan isu kutipan bagi cukai pendapatan telah menyusut kepada separuh dari RM51.3 bilion pada 2012 kepada RM27.6 bilion pada 2016.
Ini adalah sesuatu yang pelik kerana rengekan Rafizi sebelum ini adalah kutipan cukai pendapatan sudah melangkaui pertumbuhan KDNK tetapi sekarang dia merungut kutipan cukai pendapatan telah menyusut sehingga separuh.

Tidakkah ia sesuatu yang baik untuk rakyat apabila kerajaan mengambil langkah mengurangkan kadar cukai dan memberi pelbagai pengecualian dan potongan.
Kenapa Rafizi tidak gembira dengan kerajaan yang mengutip cukai pendapatan lebih rendah daripada rakyat, di mana ia sentiasa menjadi aspirasi kerajaan untuk mengurangkan kutipan cukai pendapatan sebagai sebahagian dari langkah reformasi percukaian GST selain pemansuhan cukai perkhidmatan dan jualan.
Rafizi turut merungut semalam, bahawa kutipan cukai korporat kini berganda. Mungkin Rafizi perlu memahami bahawa cukai korporat perlu dibayar hasil keuntungan daripada syarikat.
Bukankah Rafizi sepatutnya gembira kerana disebalik pemotongan cukai korporat dari 27% kepada 24% pada 2007, pertumbuhan ekonomi yang baik dinikmati Malaysia turut menyumbang kepada peningkatan keuntungan justeru kutipan cukai korporat yang lebih tinggi.
Atau mungkin Rafizi akan lebih mengecapi kebahagiaan jika syarikat-syarikat terbabit terjerumus dalam kerugian dan membayar cukai korporat lebih rendah atau langsung tidak membayar cukai?

Mungkin Rafizi perlu menarik nafas, bersandar ke belakang dan berfikir semoleknya apakah yang mengganggu kebahagiaannya dan apa yang mahu dituduhnya sebelum mencabar sesiapa berdebat.
Oleh Eric See-To.
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...