Translate

11/07/2017

#PRU14: PAKATAN HARAPAN TOLAK PAN DARI BERTANDING SEBARANG KERUSI

Selangor dan PRU14 Satu Diagnosis

Konflik yang wujud di Selangor pada ketika ini memungkinkan pertandingan 3 penjuru di kawasan2 yang ditandingi oleh PAS dan DAP dan 1 lawan 1 di kawasan yang ditandingi oleh PKR (kerusi tetap PKR).

Walau bagaimana pun, perubahan kerusi antara PKR, DAP dan PAN bergantung kepada budi bicara pihak PH. Buat masa ini, DAP yang mendominasi percaturan kerusi di Selangor. DAP juga telah menghantar 3 wakil Melayu DAP untuk mengawasi DUN milik PAS. Mereka adalah Dr Abdul Aziz Bari (Lembah Jaya dan Chempaka), Young Syefura Othman (Hulu Langat) dan Edry Faizal Eddy Yusof (Selayang)

Pakatan Harapan bimbang kepada senario politik tahun 2004 akan muncul kembali. Di mana sekiranya PAS bertanding atas tiket sendiri, bermakna undi pembangkang akan pecah kepada 2 dan sudah tentu kemenangan berpihak kepada UMNO/BN.

Pada masa yang sama juga, pergolakan yang tercetus di antara PKR Azmin Ali dan PKR DSWA memberi sedikit kelebihan kepada UMNO sekiranya pimpinan UMNO Selangor bijak mengambil kesempatan.

Dijangkakan PKR akan mengalami penghijrahan ahli secara berperingkat2 dan beramai2 ke parti lain samada memihak kepada parti komponen BN, PAS atau parti dari Pakatan Harapan. Sesuatu yang tak dijangkakan juga akan berlaku, MB Selangor Dato Azmin Ali kemungkinan juga akan lompat parti sekiranya Cikgu Bardd terus menerus membuka pekong PKR. Hanya menunggu masa dan waktu yang tepat saja (bergantung juga kepada tawaran mana2 parti).

Parti2 Gerakan, MCA dan PPP perlu menyelami keluhan masyarakat Cina dan India mengapa mereka ditolak pada PRU13 yang lalu. Pada PRU13, MCA memenangi 7 daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi. Prestasi MCA dilihat makin merudum berbanding PRU 2008 di mana MCA memenangi 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi DUN.

Dari tinjauan rambang selepas PRK DUN Kajang, masyarakat bukan Melayu tolak calon MCA atas sebab 'polical approach' yang digunakan oleh MCA tidak meyakinkan pengundi2. Lagi pun, krisis dalaman MCA telah menghilangkan rasa hormat mereka kepada pemimpin2 MCA. Oleh itu, MCA perlu berkerja lebih kuat lagi dan mesti melakukan perubahan yang meyakinkan di dalam menangani masalah2 kaum bukan melayu yang diwakilinya.

Kepimpinan UMNO boleh berkira2 untuk mengambil alih Selangor dari tangan PH sekiranya kerusi2 DUN yang dimenangi oleh mereka pada PRU13 dikekalkan dan ditambah lebih 15 kerusi yang dijangka wujudnya pertandingan 3 penjuru. Walau bagaimana pun UMNO tidak boleh mengecil2kan keupayaan PAS menarik pengundi untuk parti mereka.

Tulisan
Rozmi Mokhtar : KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...