Isnin, 10 Julai 2017

KEGEMBIRAAN HUSAM HANYA SEKETIKA DIPERMAINKAN OLEH LIM KIT SIANG

Apa Dosa Husam Musa Kepada DAP Hingga Lim Kit Siang Mahu Kuburkan Kerjaya Politiknya?

Husam Musa benar-benar gembira kerana dia telah dinamakan oleh Lim Kit Siang sebagai bakal Menteri Besar Kelantan yang baru. Kegembiraannya itu membuatkan dia mencabar PAS dan UMNO Kelantan untuk menamakan calon Menteri Besar Kelantan selepas PRU-14 untuk dibanding-bandingkan dengan dirinya.
Sememangnya dari satu segi, Husam Musa ada kekuatan kerana disokong kuat oleh Lim Kit Siang. Kata-kata Lim Kit Siang bermakna undang-undang dalam DAP. Berdasarkan perkiraannya, DAP yang tidak ada satu kerusi pun di Kelantan, akan berusaha sekuat mungkin untuk menaikkan Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan.

Husam Musa adalah Penasihat Parti Amanah Negara (PAN).

Tetapi DAP juga tahu bahawa Husam Musa bermasalah besar di Kelantan terutama selepas dia disingkirkan daripada kabinet Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun 2013. Laporan SINAR HARIAN, nama Husam Musa sebagai Exco ditolak oleh KDYMM Sultan Kelantan. Tetapi penyokong Husam Musa pula, menyalahkan dan menuduh Nik Amar yang telah berkonspirasi untuk menendang Husam Musa, malah dengan sengaja mencicirkan nama Husam Musa. (RUJUK SINI)

Hakikatnya, Husam Musa dan SAUDAGAR MIMPI adalah sangat sinonim. Pelbagai projek-projek mimpi telah diinisiatifkan oleh Husam Musa, termasuklah Projek Lebuhraya Rakyat yang kutipan dermanya telah pun dibuat, tetapi jumlah kutipan tersebut tidak pernah diumumkan dan ke mana duit itu diserahkan, juga tidak pernah diberitahu.
Begitu juga dengan projek-projek mimpi seperti ladang depu, ladang rakyat, dinar dirham kelantan, kambing jamnapari, Lembah Sireh, pembalakan Hulu Kelantan dan sebagainya yang tidak satu pun menguntungkan Kelantan, semuanya mempunyai kaitan dengan Husam Musa sepanjang dia bergelar Exco Kelantan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...