Translate

06/10/2016

MUHYIDDIN PRESIDEN CAP BUNGA DALAM KEGUSARAN ???

Muhyiddin nampaknya masih tidak dapat keluar lagi daripada cengkaman Nika Gee walaupun dia telah 'bercuti' untuk seketika, dan muncul kembali dengan menghebatkan serangan ke atas Najib Abdul Razak.

Masalah peribadinya nampaknya terlalu membelenggu bekas Timbalan Perdana Menteri dan sekarang merupakan Presiden Cap Bunga itu.

Sedar bahawa dia kurang sokongan di dalam Cap Bunga untuk dirinya berbanding Mukhriz dan Mahathir, Muhyiddin dilihat cuba mengorak langkah secara lebih drastik dengan merapatkan diri dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Dalam keadaan sekarang, PAS dilihat mempunyai banyak kelebihan dalam penentuan kerusi yang akan ditandingi pada PRU akan datang.

03/10/2016

EZAM DAH KENYANG KELUAR PARTI PULAK ???

KUALA LUMPUR - Umno diingatkan agar tidak terus mengangkat dan memberi peluang kepada individu yang lupa daratan dan kembali kepada parti setelah memburuk-burukkan parti dan kepimpinan ketika di luar Umno.

Setiausaha Veteran Umno Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, banyak peluang diberikan kepada golongan itu, termasuk tempat, habuan dan pangkat.

"Tindakan itu sekaligus menafikan tokoh-tokoh yang setia kepada Umno yang juga berkelayakan. Cukuplah dengan tindakan membalas budi yang boleh merugikan parti seperti itu.

"Susuilah anak yang di pangkuan dahulu. Mereka lebih berhak untuk mendapat kasih sayang daripada kera di hutan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

02/10/2016

TUN MATAHIR TETAP MUSUH PAS ???

PAS mendedahkan kelicikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu cuba memecahbelahkan kerjasama diantara PAS dan Semangat 46 (S46) pada tahun 1990.
Ketua Pusat Penyelidikan PAS, Mohd. Fadli Ghani berkata, Mahathir pada waktu itu mendakwa memiliki pita rakaman ucapan Presiden S46, Tengku Raza­leigh Hamzah yang merancang untuk ‘membunuh’ PAS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...