Translate

12/04/2016

Siapa2 Tolong Maklum Mahathir Anwar Tak Lagi Sokong Gerakannya

Kenyanyukan Mahathir bertambah parah bila dia mendakwa Anwar menyokong gerakan yang diketuainya untuk menjatuhkan Datuk Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Maka itulah, sekalipun Anwar ini tidak bermoral dan tak layak jadi Perdana Menteri kata Mahathir, dia masih memerlukan sokongan dari Anwar.

Kenyataan ini dikeluarkan Mahathir ketika ditemuramah oleh media berita Australia beberapa hari yang lepas.


Sedap bunyi cakap Mahathir tu - kalaulah ada orang tolong maklum kepada dia bahawa Anwar sudah tidak sokong deklarasi rakyat Mahathir yang disifatkannya hanya menumpu kepada menukar individu bukan organisasi.

Dalam erti kata lain, Anwar tak mahu setakat tukar Najib (individu) sebagai Perdana Menteri tapi mahu tukar BN (organisasi) sebagai kerajaan. Maksudnya Anwar tak setuju dengan Mahathirlah tu sebab Mahathir hanya mahu tukar individu (Najib), kerajaan masih BN.

Hujung Mac lagi Anwar dah cakap, sekarang dah nak pertengahan April dan Mahathir masih ingat Anwar sokong dia. Siapalah penasihat orang tua ni, tak maklum perkembangan terkini ke?

Anwar, kalau ikut rekod mahkamah, adalah peliwat dan penjenayah, tapi dia bukan bodoh. Dia pun tahu Mahathir hanya mempergunakannya untuk mendapatkan sokongan.

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...