Rabu, 4 Mac 2015

MAT SABU - BIAR BERPUTIH TULANG, JANGAN BERPUTIH MATA. LAWAN TETAP LAWAN ??


SHAH ALAM - Penganalisis politik meramalkan jawatan Presiden Pas yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dicabar dalam muktamar tahunan Pas tahun ini.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, nama yang dilihat paling berpotensi mencabar Abdul Hadi adalah timbalan presiden, Mohamad Sabu.

“Dalam apa yang digelar golongan profesional dalam Pas, Mohamad Sabu paling lantang bersuara dan dilihat kurang sealiran dengan Abdul Hadi.


“Jadi, golongan profesional ini akan mengangkat seseorang yang dikenali ke hadapan dan yang boleh mendapatkan sokongan daripada ahli Pas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, berdasarkan politik dalaman yang dilalui Pas kini, boleh dikatakan semua jawatan dalam parti akan dicabar sama ada oleh golongan profesional atau ulama.

“Kalau kita lihat, mereka berani mengkritik presiden dan golongan ulama secara terbuka. Jika dahulu jarang dilihat situasi ini berlaku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...