Translate

07/10/2014

KHALID SAMAD GUNA GENGSTER ?

AIDCNews – 4/10/14 – Rentetan perbualan telefon di antara Ustaz Fadhil Hasanuddin dengan Pengarah Eksekutif LENSA (Lensa Anak Muda Malaysia), Safwan Anang, ia meleret kepada penglibatan geng Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad sehingga kedua belah pihak membuat laporan polis.
Semalam facebook ‘Kami Semua Fadil‘ melaporkan Safwan Anang telah membuat laporan polis dan dengan sengaja menyebarkan laporan itu untuk dengan mendedahkan nombor telefon Ustaz Fadil.
“Taktik ini dilakukan supaya Ustaz Fadil akan diserang bertalu talu melalui panggilan telefon.
“Dalam masa yang sama, terdapat ugutan dari Komander Amal Shah Alam sendiri yang menggugut Ustaz Fadil. 
Bahkan beliau boleh pula bersama Safwan Anang minum bersama tetapi amat malang mengutuk kawan sendiri yang cuba membela PAS dan Tuan Guru Presiden.
Kelibat budak budak Khalid Samad (Klik) ini mengancam sehingga mahu memukul dan mencederakan Usta Fadil,” lapornya.

06/10/2014

SAARI SUNGIB PATUT DIPECAT DARIPADA PAS ??

Siapa Saari mohon maaf untuk PAS, tanya Dewan Ulama


Dewan Ulama PAS mempertikaikan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib yang memohon maaf bagi pihak parti Islam itu berhubung isu kemelut menteri besar Selangor.

Naib ketuanya Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata Saari bukanlah orang yang layak mengemukakan permohonan maaf kerana beliau tidak mempunyai jawatan tertinggi dalam PAS.

“Siapa Saari mahu memohon maaf bagi pihak PAS? Adakah dia sebahagian dari kepimpinan parti? Tidak.

"Dia tidak patut berbuat demikian. Tidak mengapa jika dia dalam liga sama yang terdiri daripada pemimpin atasan parti," katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times.

Saari dalam satu majlis makan malam anjuran DAP pada Sabtu meminta orang ramai memaafkan PAS meskipun partinya menganggap dirinya sebagai pembelot dan kini sedang dalam proses untuk pemecatan.

05/10/2014

BLACK 29 DIRANCANG DENGAN RAPI OLEH ANWAR ??


KUALA LUMPUR – Polis menggesa orang ramai supaya tidak berhimpun bagi membantah kenaikan harga minyak. Difahamkan, protes besar-besaran tersebut akan dijalankan di Dataran Merdeka pada jam 4 petang, Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata, beliau menegaskan orang ramai supaya tidak berhimpun bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Menurutnya, ini merupakan satu kesalahan dan akan didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman.

Untuk mengetahui apakah tujuan sebenar "BLACK 29" (Klik Disini) 

04/10/2014

DAP BERJAYA MEMPERBODOHKAN PAS ?


Rahsia DAP Nobatkan 2 ADUN PAS Sebagai ‘Hero’

Tak tau lah apa nak jadi dengan PAS ? Masih lagi tak sedar diri, menyokong Pakatan Rakyat terutama DAP.
AIDCNews – 02/10/2014 (Klik) – Walaupun PAS melihat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Saari Sungip (Hulu Kelang) dan Husnul Baharuddin sebagai pengkhianat kepada partinya sendiri, namun DAP melihat sebaliknya, kedua ADUN PAS itu dinobatkan sebagai ‘hero’ terhadap Pakatan Rakyat (PR).
Timmy Say, wartawan mengikuti perkembangan politik Malaysia membongkar rahsia di sebalik penobatan ‘hero’ DAP itu.

03/10/2014

GURU MENGAJAR ANAK MURID AJARAN SESAT ?

Gambar hiasan
EMPAT LELAKI DISYAKI TANAM POKOK GANJA

SHAH ALAM, 2 Okt (Bernama) -- Polis Selangor memberkas seorang guru dan tiga rakannya kerana disyaki menanam 31 pohon pokok ganja di belakang sebuah rumah di Kampung Melayu di Sungai Buloh, Selasa lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri ACP Md Tahir Kasim berkata keempat-empat lelaki berusia lingkungan 34 dan 45 tahun itu ditahan kira-kira 3.30 petang dalam keadaan khayal di rumah berkenaan.
"Serbuan dibuat selepas kami menerima maklumat orang awam mengenai kegiatan suspek yang menanam pokok mencurigakan di dalam pasu dan beg plastik di bahagian belakang rumah terbabit.

02/10/2014

KENAIKAN HARGA MINYAK: KERAJAAN JANGAN PANDANG REMEH ?

Kenaikan secara mengejut.  Najib gah diluar Negara tapi di dalam Negara apa dah jadi ???

Janji hanya tinggal janji dan tidak ditepati !!!

Bapak Menteri dan pembesar2 negeri atau negara tak apa lah... guna kenderaan kerajaan ???

Harga minyak naik lagi. Apa lagi, orang pun naik minyaklah!

Reaksi yang lazimnya diluahkan yang kita pun biasa hadapi (dan mungkin ikut sama luahkan) ialah pastinya “Celaka BN!”, “Siapa suruh undi BN hari tu?”, “Inilah hadiah buat pengundi BN!” dan lain dalam golongan yang sama.

Kemajuan penggunaan media sosial juga menggalakkan lagi suara menentang “kedurjanaan BN” ini. Tidak cukup dengan kemas kini status (status update), dibuat pula “troll” dan “memes” yang menggelikan hati dan semestinya menggalakkan lagi mesej “kedurjanaan BN” ini.

Apa-apa sekalipun, apa kata kita ketepikan sebentar permainan bipolar Barisan Nasional (BN)-Pakatan Rakyat (PR) sebentar dan bertanya satu soalan; bersediakahkerajaan akan implikasi kenaikan harga minyak ini ? (Klik Disini)

Datuk Seri Hasan Malek membuat satu kenyataan kenaikan ini adalah pada “tahap minimum” dan meyakinkan rakyat agar “kekal positif” untuk Belanjawan 2015 yang bakal diumumkan.

01/10/2014

SI BETINA MATA BATU BUAT HAL LAGI ???


Betina Ambiga (Klik) menyifatkan Kem Biro Tatanegara (BTN) hanya sekadar menjadi sesi untuk membasuh otak kaum Melayu agar menjadi rasis dan pentaksub.

Penaung pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Negara-Ku itu berkata, ibu bapa yang membenarkan anak mereka mengikuti kem tersebut terkejut dengan objektif dan kandungan modul yang diajar.

"Saya bertemu dengan beberapa rakan Melayu yang menghadiri kem ini dan mereka marah dan rasa jijik," kata beliau semasa menghadiri Persidangan Kebangsaan Anti-Diskriminasi yang bertajuk "Perpaduan dan Penyatuan Sosial di Malaysia – Jadikannya bukan suatu yang mustahil" di Kuala Lumpur hari ini.

"Apa yang diberitahu kepada kamu? Melayu dibasuh otak supaya menjadi rasis dan pentaksub semasa menghadiri kem ini," kata Ambiga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...