Rahsia DAP Nobatkan 2 ADUN PAS Sebagai ‘Hero’
Tak tau lah apa nak jadi dengan PAS ? Masih lagi tak
sedar diri, menyokong Pakatan Rakyat terutama DAP.
AIDCNews – 02/10/2014 (Klik) – Walaupun PAS melihat dua Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN), Saari Sungip (Hulu Kelang) dan Husnul Baharuddin
sebagai pengkhianat kepada partinya sendiri, namun DAP melihat sebaliknya,
kedua ADUN PAS itu dinobatkan sebagai ‘hero’ terhadap Pakatan Rakyat (PR).
Timmy Say, wartawan mengikuti
perkembangan politik Malaysia membongkar rahsia di sebalik penobatan ‘hero’ DAP
itu.
Menurutnya, 2 ADUN PAS akan
menjadi ‘penyelamat PR’ untuk kekal memerintah Selangor sekiranya PAS tidak
lagi gabungan pembangkang yang berasaskan komposisi; PKR: 13, DAP: 15, PAS: 15,
Bebas : 1 dan BN: 12.
“Pada hari ini, kerana adanya
Saari Sungib dan Hasnul, DAP dan PKR boleh memerintah Selangor tanpa PAS –
seperti yang berlaku di Pulau Pinang.
“Asalkan DAP dan PKR kekal
bersama sokongan dua Adun ini, kerajaan yang ada akan kekal wujud.
“Pendirian Saari Sungib dan
Hasnul membolehkan DAP dan PKR mengambil langkah memaksa PAS mengikut segala
yang diputuskan antara DAP dan PKR dalam segala perbincangan – dan ini bermula
dengan desakan mendapatkan persetujuan PAS untuk menerima Dr Wan Azizah Wan
Ismail sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.