SHAH ALAM: Pelawak Zizan Razak menganggap berita percintaannya dengan Emma Maembong selepas dia bertindak menghantar salinan (tagged) gambarnya di laman Instagram kepada pelakon itu tidak disalahertikan selain menganggap ia sengaja diperbesar-besarkan.
Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 29, berkata, tindakan itu tidak mempunyai sebarang maksud sebaliknya dia berbuat demikian kerana Emma pernah memberitahunya dia sukakan keindahan kota Paris.
"Saya tagged kepada dia gambar-gambar saya di Paris kerana dia pernah memberitahu sukakan Paris dan bukannya saya mempunyai dengan niat lain ataupun kami sedang bercinta.