Translate

03/07/2013

LAMAN SESAWANG PHISHING TERUS DIPANTAU DAN DIAMBIL TINDAKAN OLEH SKMM

CYBERJAYA - Sebanyak 652 laman sesawang yang melakukan phishing bagi mendapatkan maklumat rahsia pengguna internet lain untuk tujuan salah disekat dari Januari hingga Mei pada tahun ini berbanding 835 bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, jumlah laman web yang dikesan dan disekat itu bagaimanapun menurun sebanyak 22 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

"Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM iaitu jabatan bertanggungjawab menangani masalah phishing, berfungsi 24 jam sehari dan mengambil masa tidak lebih dari empat jam untuk menutup sesebuah laman phishing yang dikesan," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut serta pada sidang akhbar itu ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Wong Wai Leong serta Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik Bank Negara Malaysia (BNM), Shariffuddin Khalid.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...