Kangar: “Saya tidak dapat menahan sebak apabila melihat anak yang hanya baru pandai meniarap tiba-tiba lembik serta tidak sedarkan diri,” kata Rizuwan Shafiee, 27, selepas anaknya Arman Iskandar, enam bulan koma dipercayai akibat didera pengasuhnya.
Mangsa dipercayai retak tengkorak di belakang kepala sepanjang sejengkal dalam kejadian di antara jam 8 hingga jam 11 pagi, Selasa lalu di sebuah taman di Jalan Kampung Guar Syed Alwi, di sini.
Difahamkan, mangsa yang juga anak tunggal pasangan Ridzuwan dan isterinya yang juga seorang penjawat awam Hazwani Ibrahim, 26.
Rizuwan berkata, kejadian itu hanya dimaklumkan kepada isterinya kira-kira jam 11 pagi hari kejadian sebelum bergegas ke rumah pengasuh itu.
“Saya bekerja sebagai juruteknik di Gurun, Kedah dan hanya isteri berada di Kangar ketika itu.
“Isteri saya ke rumah pengasuh dan terkejut melihat keadaan Arman yang tidak sedarkan diri serta kepalanya membengkak akibat kesan retakan berkenaan,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), Alor Setar, Kedah. BERSAMBUNG