Isnin, 12 Ogos 2013

RANCANGAN BARU ANWAR UNTUK MELAGA-LAGAKAN NAJIB DAN PAK LAH ???

Siapa Bridget Welsh yang bantu Anwar di Malaysia ?


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, hari ini, menafikan bahawa beliau menulis, menaja atau meminta supaya buku 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia' diterbitkan.
Dalam kenyataan media hari ini, Abdullah atau lebih kerap dengan panggilan 
mesra `Pak Lah' berkata, beliau sedia diwawancara oleh dua ahli akademik, James

Chin dan Bridget Welsh atas prinsip keterbukaan demi perdebatan seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan. 

Justeru, beliau meminta agar tiada pihak membuat andaian bahawa buku itu 
ditulis oleh `Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri'. 

"Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat UMNO terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat. 

"Saya tidak pernah meninggalkan Umno dan insyaAllah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya," katanya. 

Katanya, beliau juga tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku itu 
kerana tidak mahu orang membuat andaian yang buku itu ditulis dan ditaja oleh beliau. 

"Berita yang mengatakan pemimpin daripada parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya," tegas Pak Lah. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...