Translate

28/12/2016

Berapa Gaji Wan Azizah Sebulan? Patutlah Senyum

Pengguna Facebook pro PAS, Mohd Sobri membuka persoalan baharu dengan bertanyakan berapakah gaji bulanan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Persoalan Mohd Sobri dikupas seperti berikut:

(A)    Elaun (kerana kita tak ada slip gaji Azizah, elaun dia kita ikut slip gaji Rafizi)

Elaun keraian Ahli Parlimen – RM1,500
Elaun tetap pemandu kereta – RM1,200
Elaun telefon Ahli Parlimen – RM900
Elaun tetap Perjalanan – RM1,500
Bayaran Khas Ahli Dewan Rakyat – RM1,500
———————————————————–
(B) Elaun Ketua Pembangkang – RM3,846.59.
Total Elaun – RM10,446.59
(C) Ahli Parlimen Permatang Pauh – RM16,000
(D) Adun Kajang – RM11,250
Gaji keseluruhan – RM37,696.59
Hanya kerana dia bini Anwar, dia dapat gaji RM37,696.59 sebulan. 

Maunya dia tak happy. Gambar dia memanjang senyum sampai ke telinga. Boleh la pergi stalk FB dia tengok.
Pencen nanti pun dapatlah lebih kurang RM13,000.
Sudahlah berdebat di dewan macam nenek tua tergagap-gagap.
Kerja jadi ADUN di Kajang pun setakat ligat datang kenduri show off kipas ikut warna baju.
Yang macai dok kasihankan Azizah tu, berapa gaji kamu sebulan? 

Sumber: KLIK DISINI


25/12/2016

Setahun Berlalu PAN Masih Tiada Identiti Jelas

21 September 2016, puak-puak PAN telah mengadakan forum ‘Setahun Amanah (baca PAN): Subur atau Terkubur’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. Program ini anjuran Pemuda PAN Wilayah Persekutuan.

Mereka yang dijemput sebagai panel ialah Hisomuddin CEO Ilham Center, Fathi Aris Omar (dulu pernah bergiat dengan IRC kemudian meninggalkannya menjadi penulis dengan pemikiran bebas), Zubair Rahim PAN Wilayah, Wan Ahmad Fayhsal (katanya penganalisis) dan Ooi Heng, CEO Kajian Politik KPRU.
Tak ramai yang hadir dan itu biasa untuk program parti PAN. Gimik sahaja lebih. Kerusi dihadapan banyak yang kosong, yang hadir memenuhi kerusi belakang mungkin malu masuk dalam gambar kot!
Sepanjang forum ini berlangsung kebanyakkan ahli panel membuat perbandingan dengan PAS. Saya tak sempat nak membilang berapa kali perkataan PAS disebut. Saya rasa mungkin lebih banyak daripada perkataan AMANAH (baca PAN).

16/12/2016

TINDAKAN MAHATHIR SUDAH KETERLALUAN

Mukhriz Belum Jadi PM, Mahathir Sudah Mula Serang Istana

Agenda peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadikan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri, bukan rahsia lagi dan ia menjadi punca kenapa beliau berterusan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan itu sahaja, beliau turut bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP untuk mengguling Najib dan kerajaan Barisan Nasional.

Namun serangan demi serangan itu diketahui gagal, bak kata Najib yang juga presiden UMNO bahawa Mahathir mempunyai `super ego yang kuat.



“Dr Mahathir Musnahkan Seluruh Pengorbanan Saya Sejak 17 Tahun Lalu” Dan Semakin JAHAT ???

“Amat menyedihkan sekali sekeping surat yang memerlukan masa 10 minit menulisnya telah memusnahkan khidmat saya selama lebih 17 tahun -  Tunku Abdul Rahman.
“Dr Mahathir sendiri tahu untuk bangsa dan negara, saya telah mengorbankan segala kesenangan dan telah menjadi miskin dan papa malah untuk membayar cukai pendapatan pun saya terpaksa menjual harta benda.” – Tunku Abd Rahman, dipetik dari Surat daripada Dr Mahathir, Zainuddin Maidin, p27.
Itu adalah kata-kata bekas Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman bila ditanya tentang surat Dr Mahathir kepadanya.
Mesti anda pernah dengar atau baca tentang surat Dr Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman yang minta Tunku letak jawatan sebagai Perdana Menteri (klik sini untuk baca surat tersebut).
Walaupun, perkara ni dah berlaku lebih kurang 47 tahun lalu, tapi kalau kita tengok balik perkara ni dengan zaman sekarang, kita akan nampak satu persamaan. Iaitu: 
“DR MAHATHIR MINTA PERDANA MENTERI LETAK JAWATAN”

13/12/2016

Mat Sabu Mahu Pakatan Diikat Dengan Perjanjian Takut Main Belakang

Parti Amanah Negara (PAN) mahu Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diikat dengan satu perjanjian persefahaman yang kuat.
Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau percaya bahawa DAP, PKR, PAN dan PPBM yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersedia untuk mewujudkan ikatan perjanjian tersebut.
“Semangat politik semata-mata untuk mengalahkan UMNO tanpa disertai komitmen untuk membina kerjasama politik yang padu, tidak mampu melakukan reformasi total.
“PAN bersama Pakatan Harapan dan PPBM komited untuk menubuhkan sebuah kesatuan pembangkang bagi mengadapi UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan satu logo,” katanya seperti terkandung dalam teks ucapan beliau bersempena Konvensyen PAN 2016 hari ini.

12/12/2016

Umat Islam Mesti Bersatu Padu! – Presiden PAS

Umat Islam Malaysia mesti bersatu padu terlebih dahulu jika mahu menjadi sebuah umat yang dapat menyebarkan rahmat kepada semua.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, umat Islam negara ini mesti bersatu padu dengan berpegang kepada sunah Nabi Muhammad S.A.W.
“Umat Islam mesti menggenggam erat syariat Allah. Seterusnya bangkit sebagai umat yang akan menebarkan rahmat ke seluruh alam ini,” katanya dalam satu kenyataan bersempena sambutan Maulidur Rasul 1438H semalam.
Abdul Hadi berkata, usaha untuk menegakkan seluruh usaha Nabi Muhammad S.A.W. ke atas umat manusia perlu dilakukan secara istiqamah.

10/12/2016

Raja Bahrin Ibarat Ayam Bergelumang Tahi ???

KUALA LUMPUR – “Ayam berkokok berderai derai, ekor sendiri bergelumang tahi,” kata Pegawai Pusat Penyelidikan PAS, Syed Ahmad Fadhli.

Beliau menujukan kata-kata itu ke atas pemimpin Pakatan Harapan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Amanah Negara (PAN).
Menurut beliau, Raja Kamarul sejak menyertai PAN menyerang PAS dalam pelbagai isu tanpa menyedari kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu dimenangi atas tiket PAS pada tahun 2013.
Katanya, terbaru pemimpin Pakatan Harapan itu mendakwa isu kekejaman ke atas etnik muslim Rohingya yang diperjuangkan secara bersama oleh PAS dan UMNO dalam satu perhimpunan baru-baru ini kononnya telah lama diperjuangkan oleh beliau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...