Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ingin merujuk kepada beberapa laporan media dan ingin menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Suruhanjaya bersikap berat sebelah dalam menangani kes liwat ketua parti pembangkang setelah permohonan dibuat oleh En Azlan Mohd Lazim supaya Suruhanjaya meneliti perkara-perkara yang boleh menyebabkan perbicaraan kes yang melibatkan anak beliau ditangguhkan.
Translate
20/08/2011
APA DAH JADI ???? GAJI LUMAYAN MEROMPAK LAGI ????
Lima Konstabel Polis didakwa merompak 16 warga Bangladesh.
KUALA LUMPUR: Lima anggota polis berpangkat Konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan 16 warga Bangladesh sejumlah wang tunai RM34,516, pada 8 Ogos lalu.
Mohd Afizi Mohd Nasir, 27; Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21; Azrin Adha Abdullah, 25; Mohd Faiz Muhammad, 25; dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20; didakwa melakukan rompakan ke atas kesemua mangsa yang berumur antara 20 dan 40 tahun di rumah No 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di sini, pada jam 12.01 pagi.
Jangan jadi 'enau dalam belukar'

SHAH ALAM 19 Ogos - Para pemimpin politik Melayu di negara ini tidak kira sama ada dari kerajaan atau pembangkang diingatkan supaya sentiasa bersatu demi kelangsungan ekonomi dan tahap sosial bangsa itu.
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, ini kerana persaingan tidak sihat para pemimpin Melayu demi kepentingan politik masing-masing hanya akan merugikan bangsa tersebut secara keseluruhan.
19/08/2011
ISU MURTAD: PAS MENYESATKAN, PKR MEMURTADKAN DAP TAMBAH NEKAD

Benarlah apa yang disarankan oleh bloger MYKMU bahawa sepatutnya PAS senada dan bersama UMNO menangani isu murtad dan kristianisasi. Agak malang kerana PAS memilih untuk menyesatkan umat Islam manakala PKR berpendirian eloklah dimurtadkan saja orang Islam supaya DAP bertambah nekad.
Video: Pas Bermain Api Dengan Jeneral Angkatan Tentera. Kes Serius !
1- Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata bekas anggota yang terbabit "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."
"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal”
"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.
USTAS NUAR AL-JUBURI BUAT HAL LAGI !!!!!!!

KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal meneruskan tindakan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, memfailkan permohonan bagi menghalang seorang peguam syarie daripada mewakili Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam rayuannya.
Beliau memohon mahkamah supaya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ditegah dan tidak dibenar mewakili Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain; Pengarah Jabatan Agama Islam (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam rayuannya itu.
Seorang ibu lahir bayi menyerupai makhluk asing !!!

Nigeria: Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.
Langgan:
Catatan (Atom)