
SHAH ALAM 19 Ogos - Para pemimpin politik Melayu di negara ini tidak kira sama ada dari kerajaan atau pembangkang diingatkan supaya sentiasa bersatu demi kelangsungan ekonomi dan tahap sosial bangsa itu.
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, ini kerana persaingan tidak sihat para pemimpin Melayu demi kepentingan politik masing-masing hanya akan merugikan bangsa tersebut secara keseluruhan.