Translate

17/05/2015

Ulama Islam terkenal, Yusuf Al-Qaradawi Dihukum Mati


KAHERAH 16 Mei – Mahkamah Mesir, hari ini menjatuhi hukuman mati ke atas bekas Presiden, Mohammed Mursi dan ulama Islam terkenal, Yusuf Al-Qaradawi atas kesalahan melakukan rusuhan di penjara pada 2011 bagi menentang Presiden, Hosni Mubarak.

Agensi berita BBC memetik kenyataan Hakim Shaaban el-Shami sebagai berkata, Mursi merupakan salah seorang daripada 100 anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin yang dijatuhi hukuman tersebut oleh mahkamah.

15/05/2015

NAJIB PATUT LETAK JAWATAN ATAU ROSMAH ???


KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad mengingatkan pemimpin di negeri itu untuk kekal bersatu dalam apa jua keadaan.

Beliau berkata sepanjang 25 tahun menjadi Menteri Besar Terengganu, perpaduan serta kerjasama dalam kalangan pemimpin, anggota parti dan rakyat merupakan asas utama kepada kebangkitan negeri berkenaan.

13/05/2015

ULANG TAHUN KE 69 UMNO UMPAMA KELUARGA 69 ???


KUALA TERENGGANU 12 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu tunduk kepada tekanan yang menggesa beliau untuk meletak jawatan, sebaliknya fokus perlu diberi bagi menyelesaikan beberapa isu yang dikaitkan dengan pentadbirannya ketika ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dua Perdana Menteri sebelum Najib iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah diselubungi isu tertentu dan meletak jawatan bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.

10/05/2015

ADA JUGAK MENTERI DIBAWAH NAJIB DIGELAR MENTERI HURU-HARA ???


PETALING JAYA: Pegawai tertinggi Lembaga Tabung Haji yang terlibat dalam perjanjian tanah dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mesti meletakkan jawatan untuk memulihkan keyakinan dalam tabung haji, kata Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Presiden Abim Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan berkata, langkah tersebut dapat memulihkan keyakinan orang ramai dalam pengurusan Tabung Haji.

"Langkah itu boleh dilihat sebagai dapat memulihkan keyakinan dalam pengurusan Tabung Haji. Walau bagaimanapun, untuk memastikan keyakinan ini dikekalkan, empat pegawai atasan yang terlibat dengan 1MDB perlu meletakkan jawatan, "katanya.

02/05/2015

#PRK PERMATANG PAUH > PAS MAIN WAYANG KULIT ???

PAS Kawasan Bagan Mahu Rosakkan Sekurang-Kurangnya 10,000 Undi PKR
PAS CUBA MEMPERBODOH-BODOHKAN  PEMIMPIN BN.

BUKIT MERTAJAM: PAS kawasan Bagan mengadakan protes pada Jumaat berikrar merosakkan sekurang-kurangnya 10,000 undi terhadap PKR pada PRK Permatang Pauh.

Ketua penerangannya Azmi Jaafar berkata terdapat lebih daripada 10,000 penyokong PAS di kawasan itu.

AGENSI PENGUATKUASA TERLIBAT BAGAIKAN PAHAT DENGAN PENUKUL


SUNGAI GOLOK, THAILAND – Kegiatan penyeludupan minyak petrol RON95 ke wilayah selatan Thailand dilihat semakin menjadi-jadi apabila penyeludup secara terang-terangan melakukan perbuatan itu pada siang hari melalui Sungai Golok di sini sejak sebulan lalu.
Tinjauan Kosmo! baru-baru ini mendapati, taktik terbaharu yang digunakan mereka ialah menyeludup bahan bakar tersebut dalam bekas botol air mineral 10 liter bagi memudahkan ia dipunggah dan diletakkan ke dalam bot kecil.

01/05/2015

INILAH PADAHNYA ORANG GILA BERCAKAP TAPI TAK SERUPA BIKIN


Isu mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas kad tambah nilai telefon prabayar semakin kusut dengan kenyataan berbeza. Apa dah jadi...putar belit macam ...........

PUTRAJAYA 29 April - Semua syarikat telekomunikasi dikehendaki mengekalkan harga asal kad prabayar berdasarkan kepada konsep tax inclusive (termasuk cukai) berkuat kuasa 1 Mei ini, seperti rejim cukai sebelum ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, sehubung­an itu, surat arahan berhubung perkara berkenaan telah dihantar kepada semua syarikat telekomunikasi semalam bagi memastikan syarikat-syarikat itu patuh dengan arahan tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...