Isu
mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas kad tambah nilai telefon prabayar semakin kusut dengan kenyataan berbeza. Apa dah jadi...putar belit macam ...........
PUTRAJAYA 29
April - Semua syarikat telekomunikasi dikehendaki mengekalkan harga asal kad
prabayar berdasarkan kepada konsep tax inclusive (termasuk cukai) berkuat kuasa
1 Mei ini, seperti rejim cukai sebelum ini.
Ketua Pengarah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata,
sehubungan itu, surat arahan berhubung perkara berkenaan telah dihantar kepada
semua syarikat telekomunikasi semalam bagi memastikan syarikat-syarikat itu
patuh dengan arahan tersebut.
