Translate

02/05/2015

AGENSI PENGUATKUASA TERLIBAT BAGAIKAN PAHAT DENGAN PENUKUL


SUNGAI GOLOK, THAILAND Kegiatan penyeludupan minyak petrol RON95 ke wilayah selatan Thailand dilihat semakin menjadi-jadi apabila penyeludup secara terang-terangan melakukan perbuatan itu pada siang hari melalui Sungai Golok di sini sejak sebulan lalu.
Tinjauan Kosmo! baru-baru ini mendapati, taktik terbaharu yang digunakan mereka ialah menyeludup bahan bakar tersebut dalam bekas botol air mineral 10 liter bagi memudahkan ia dipunggah dan diletakkan ke dalam bot kecil.

Sebaik sahaja sampai ke seberang, bahan bakar tersebut dilabuhkan di jeti yang dibina berhampiran sungai sebelum dijual kepada penduduk di pekan berkenaan.
Seorang penduduk tempatan, Zamree Ismail, 45, berkata, kegiatan penyeludupan itu dilihat semakin rancak sejak sebulan lalu apabila penyeludup semakin berani melakukannya pada waktu siang hari.
“Sebelum ini mereka hanya berani bawa masuk minyak petrol itu pada waktu malam.
“Mereka menggunakan taktik menyimpan minyak itu dalam botol air mineral 10 liter untuk bawa ke sini dengan mudah. Bekalannya juga tidak pernah putus sejak akhir-akhir ini,” katanya ketika ditemui di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...