Translate

Memaparkan catatan dengan label Ustaz Nasharuddin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ustaz Nasharuddin. Papar semua catatan

12/09/2012

Suara Nik Aziz Tak Laku Dalam Majlis Syura PAS

Saya ucapkan tahniah kepada bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang gagal dilenyapkan terus dari partinya oleh golongan pro-Anwar yang dipercayai diketuai oleh Mohammad Sabu, Khalid Samad, Kamarudin Jaafar, Husam dan ramai lagi.

Pada saya, perkembangan ini menunjukkan bahawa majoriti Ahli Majlis Syura menyokong kenyataan Nasharuddin yang “membelasah” PAS yang semakin menyeleweng dari perjuangan asal, khususnya setelah parti itu dibawah pengaruh Mursyidul Amnya, Nik Aziz.

Nik Aziz mula “menyerang” Nasharuddin sejak beliau masih lagi menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS apabila dikatakan bertanggungjawab mengajak PAS bersatu bersama UMNO untuk berada di bawah payung BN.

02/09/2012

LAGI GAMBAR YANG BUAT PAS MEROYAN!!!

Kalau sebelum ni, gambar Ustaz Nasha dengan Perdana Menteri menjadi topik hangat diperbualkan dikalangan pauk - puak Parti Angguk Saja ni.

Puas diorang meroyan sakan menuduh Ustaz Nasha dengan macam - macam tohmahan dan cacian. Dikatanya Ustaz Nasha Gila Kuasa dan Jawatan.

Nah!!! Sekarang, keluar pulak gambar Ustaz Nasha tersenyum bersama dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin. Apa pulak la dakwaan dan tohmahan yang akan dilemparkan oleh mereka lepas ni ye?

20/08/2012

Lawan habis2an Ustaz Nasha demi bangsa, Agama dan Tanah Air


Silakan...Nasharudin sedia berdepan dengan Karpal Singh di mahkamah isu dakwaan anti Islam


Bekas Timbalan Presiden PAS,Nasharudin Mat Isa tidak gentar Karpal Singh hendak bawanya ke mahkamah kerana dakwanya anti-Islam.Dalam kenyataan ringkas menerusi SMS kepada Agendadaily petang Sabtu,Ahli Parlimen Bachok itu kata beliau sedia berdepan dengan Pengerusi DAP Kebangsaan itu di mahkamah.

Beliau diminta mengulas kenyataan Karpal Singh Jumaat hendak samannya kerana dakwanya anti-Islam.

Ahli Parlimen BUkit Gelugor itu anggap kenyataan Nasharudin bahawa beliau bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam.


12/01/2012

Hanya Tunggu Arahan Anwar, Ustaz Nasharudin Hitung Nasib Disepak Keluar

KUALA LUMPUR  11 Jan –  Bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang kini menganggotai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dilihat berada pada kedudukan bahaya dan mungkin pada bila-bila masa akan menerima nasib yang sama seperti mana bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang baru sahaja dipecat Ahad lalu.
Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz HJ Mohd Afandi Yusof berkata gerak geri beliau serta segala tindak tanduk Ahli Parlimen Bachok itu mungkin dalam perhatian golongan Anwarinas yang telah berjaya mencampakkan Hasan Ali keluar daripada Pas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...