Translate

12/09/2012

Suara Nik Aziz Tak Laku Dalam Majlis Syura PAS

Saya ucapkan tahniah kepada bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang gagal dilenyapkan terus dari partinya oleh golongan pro-Anwar yang dipercayai diketuai oleh Mohammad Sabu, Khalid Samad, Kamarudin Jaafar, Husam dan ramai lagi.

Pada saya, perkembangan ini menunjukkan bahawa majoriti Ahli Majlis Syura menyokong kenyataan Nasharuddin yang “membelasah” PAS yang semakin menyeleweng dari perjuangan asal, khususnya setelah parti itu dibawah pengaruh Mursyidul Amnya, Nik Aziz.

Nik Aziz mula “menyerang” Nasharuddin sejak beliau masih lagi menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS apabila dikatakan bertanggungjawab mengajak PAS bersatu bersama UMNO untuk berada di bawah payung BN.

Gesaan yang bakal menyatukan umat Islam di negara itu turut disokong oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, sebelum agenda murni itu dipunahkan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz, dipercayai atas arahan Anwar Ibrahim.

Sejak itu Nasharuddin sering “dihalau” keluar dari PAS oleh Nik Aziz dan sekutu-sekutu Anwarinas. Tidak cukup dengan itu, Nasharuddin turut dicantas dari saf kepimpinan PAS apabila dikalahkan oleh tukang karut parti itu, Mat Sabu.

Dan hanya kerana gambar Nasharuddin bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah majlis peringkat antarabangsa di Mekah, Nasharuddin sekali lagi menerima ancaman untuk dipecat dari PAS.

Apatah lagi apabila Nasharuddin menegur PAS supaya kembali ke perjuangan asal parti itu yang jelas terseleweng dari landasan Islam setelah bergabung dengan DAP dan PKR yang jelas memperkudakan parti itu serta melayan PAS bagai parti kelas bawahan.

Bermula dari Nik Aziz, para pemimpin PAS lain seperti Mahfuz Omar, Khalid Samad, Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai golongan Anwarinas yang mahu Nasharuddin keluar dari parti sekutu DAP tersebut.

Sebenarnya, kegagalan menyingkirkan Nasharuddin dari PAS merupakan satu tamparan hebat kepada Nik Aziz yang pernah mengelar bekas Timbalan Presiden parti itu sebagai “sampah” dan lebih afdhal keluar dari PAS.

Baca lagi dan KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...