Khamis, 12 Januari 2012

Hanya Tunggu Arahan Anwar, Ustaz Nasharudin Hitung Nasib Disepak Keluar

KUALA LUMPUR  11 Jan –  Bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang kini menganggotai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dilihat berada pada kedudukan bahaya dan mungkin pada bila-bila masa akan menerima nasib yang sama seperti mana bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang baru sahaja dipecat Ahad lalu.
Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz HJ Mohd Afandi Yusof berkata gerak geri beliau serta segala tindak tanduk Ahli Parlimen Bachok itu mungkin dalam perhatian golongan Anwarinas yang telah berjaya mencampakkan Hasan Ali keluar daripada Pas.

Menurut beliau tidak mustahil perkara yang sama yang menimpa Hasan Ali itu akan turut terkena kepada Nasharudin memandangkan beliau didakwa tidak sebulu dengan golongan Anwarinas yang berada di dalam Pas hari ini.
“Mungkin Pas hari ini menunggu lampu hijau daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang  dilihat ‘suis utama’ di dalam Pas yang tidak boleh dijentik atau disentuh oleh mana-mana pemimpin di dalam parti berkenaan.
“Apa yang berlaku terhadap Dr Hasan seolah-oleh menggambarkan kedudukan Anwar lebih tinggi ‘darjatnya’ dari kalangan pimpinan Pas yang lain termasuklah Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Apa tidaknya…..Sebaik sahaja disentuh oleh Dr Hasan, beliau menerima tekanan dan akhirnya dicampak keluar dengan serta merta tanpa ada sedikitpun penghargaan terhadap Adun Gombak Setia itu”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Kata beliau lagi, jika dulunya Hasan dijaja dan didukung sebagai pemimpin serta cendekiawan yang menyertai Pas, hari ini kerana taksubnya kepada Anwar, segala-galanya hilang dalam sekelip mata.
Afandi yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya menegaskan cengkaman kumpulan yang pro kepada Anwar di dalam Pas hari ini seolah-olah tidak dapat dibendung lagi.
Mereka katanya menguasai segala tindak tanduk dan seolah-olah bertindak kepada nasihat daripada orang luar untuk menggerakkan parti berkenaan.
“Kepada Ustaz Nasharudin, bersedialah untuk menghadapi segala kemungkinan kerana kedudukannya dalam paras bahaya….Jika musim tengkujuh, amaran pada tahap berjaga-jaga,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...