Translate

Memaparkan catatan dengan label RELA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RELA. Papar semua catatan

01/05/2013

Jangan Perlekeh Soal Keselamatan Negara - PM

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa soal keselamatan dan kedaulatan negara tidak seharusnya dipandang remeh dan diperlekeh walaupun negara bebas daripada ancaman musuh sejak mencapai kemerdekaan.
Beliau berkata tanpa keselamatan dan keamanan Malaysia tidak akan dapat mencapai kemajuan dan melaksanakan segala dasar pembangunan untuk rakyat.
"Soal keselamatan, kedaulatan amat penting... ia ibu kepada segalanya, kerana tanpa keselamatan segalanya tidak mungkin dapat dilakukan," katanya ketika berucap pada majlis bersama RELA Terengganu yang dihadiri kira-kira 5,000 anggota RELA dari seluruh Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini Rabu.

11/06/2012

Persepsi bercanggah dengan kadar jenayah adakah benar2 menurun ???

SERDANG 10 Jun - Kehadiran pihak berkuasa di sekolah-sekolah di negara ini akan ditambah terutama pada waktu pelajar masuk dan keluar sekolah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas, susulan kes penculikan kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, yang diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke sekolah berhampiran rumahnya.

28/02/2012

‘Four Men Patrol’ jalan kaki cegah jenayah


Polis Terengganu bersama lebih 1,500 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) bergerak bersama bagi mengurangkan peratusan kegiatan jenayah di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Dato’ Jamshah Mustapa berkata, anggota terlibat telah pun diberikan latihan untuk memulakan tugas bagi memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terjaga melalui rondaan secara berjalan kaki.

06/10/2011

OPERASI SEPADU SRS, AADK, RELA DAN PDRM KG. MEDAN JAYA, RUSILA


Medan Jaya 05/10/2011 - Keikhlasan bertugas dan memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat adalah sangat-sangat dihargai sebagaimana yang dilaungkan oleh pucuk pimpinan negara "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".  Tapi sebaliknya apa yang berlaku semasa menjalankan Operasi Sepadu oleh Skim Rondaan Sukarela Medan Jaya, Rusila bersama RELA, AADK dan PDRM Daerah Marang.  Operasi sepatutnya bermula jam 9.00 malam, terpaksa dilanjutkan kepada jam 10.00 malam, oleh kerana kelewatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh anggota polis yang sama-sama menyertai operasi tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...