Translate

06/10/2011

OPERASI SEPADU SRS, AADK, RELA DAN PDRM KG. MEDAN JAYA, RUSILA


Medan Jaya 05/10/2011 - Keikhlasan bertugas dan memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat adalah sangat-sangat dihargai sebagaimana yang dilaungkan oleh pucuk pimpinan negara "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".  Tapi sebaliknya apa yang berlaku semasa menjalankan Operasi Sepadu oleh Skim Rondaan Sukarela Medan Jaya, Rusila bersama RELA, AADK dan PDRM Daerah Marang.  Operasi sepatutnya bermula jam 9.00 malam, terpaksa dilanjutkan kepada jam 10.00 malam, oleh kerana kelewatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh anggota polis yang sama-sama menyertai operasi tersebut.

Kesemua agensi terlibat serta ahli SRS Medan Jaya telah bersedia ditempat penugasan sebelum jam 9.00 malam, walaupun mengharung hujan yang turun tidak henti-henti.  Inilah yang dikatakan keikhlasan melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.


Pengerusi SRS Kg. Medan Jaya, Tengku Hamzah Tengku Abd. Jalil menyuarakan rasa terkilan diatas kelewatan kehadiran anggota polis ditempat tugas, sedangkan surat permohonan awal telahpun diserahkan kepada Ketua Polis Balai Marang dengan jawapan yang positif.

En. Wan Zulkifli (AADK), En.Hamzah Omar (SRS) dan Mejar Mat Isar (RELA)

Beliau berharap perkara sedemikian tidak akan berlaku dilain-lain penugasan yang diperlukan demi memertabatkan 'Polis Bersama Masyarakat' dan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...