Translate

Memaparkan catatan dengan label RASUAH PENGUNDI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RASUAH PENGUNDI. Papar semua catatan

03/02/2023

SPRM KENAL PASTI 90 PENERIMA 'SEDEKAH' PRU15 DI TERENGGANU

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) MENGENAL PASTI KIRA-KIRA 90 INDIVIDU yang didakwa menerima tunai untuk mengundi PAS di Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini, lapor Malaysiakini.

Portal berita itu yang memetik sumber SPRM berkata, ia sebahagian daripada siasatan berterusan terhadap video tular yang menunjukkan orang ramai menerima bayaran daripada PAS untuk mengundi.

Sumber yang rapat dengan siasatan itu berkata setakat ini, SPRM telah berjaya menjejaki hampir separuh daripada 90 individu tersebut dan mereka telah dipanggil untuk memberi keterangan.

"Lelaki dalam video yang memberikan wang tunai kepada pengundi itu juga telah dipanggil untuk disoal siasat.

“Sekarang SPRM sedang berusaha untuk memanggil seberapa ramai saksi bagi membantu siasatan. Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 90 penerima dikenal pasti (telah menerima wang tunai).

"Ada sedikit kesukaran untuk mencari mereka kerana tidak semua mereka menetap di Terengganu. Ramai yang terlibat adalah pengundi luar," kata sumber itu.

TERIMA DUIT, ANGKAT SUMPAH

Katanya, siasatan dijangka dapat diselesaikan dalam masa kira-kira dua minggu.

Tambahnya, SPRM berjaya mengenal pasti penerima wang tunai berdasarkan dokumen yang dirampas semasa siasatan.

Ia termasuk dokumen yang perlu ditandatangani oleh penerima apabila mereka ingin mengutip wang berkenaan, selain perlu mengangkat sumpah.

Selepas berakhirnya PRU 15 pada November lalu, timbul dakwaan di media sosial bahawa PAS telah memberi wang kepada pengundi.

Pengarah pilihan raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun menafikan perkara itu.

Sanusi berkata dakwaan itu merupakan helah daripada musuh politik untuk memburuk-burukkan PAS dan parti Islam itu tidak mempunyai dana untuk membayar pengundi.

Pada Januari lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mempertahankan tindakan mengagihkan wang tunai kepada pengundi.

Dia dilaporkan memberitahu media di Terengganu bahawa peraturan sedia ada hanya melarang calon yang bertanding dan wakil mereka daripada memberi wang tunai kepada pengundi.

Bagaimanapun ABDUL HADI BERKATA UNDANG-UNDANG TIDAK MENGHALANG ORANG RAMAI DARIPADA "BERSEDEKAH".

https://www.malaysiakini.com/news/653662

24/01/2023

SEDEKAH’ ATAU PUN ‘SUMBANGAN’ RASUAH TETAP RASUAH, SPRM AKAN BUAT SIASATAN

PETALING JAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat apa sahaja bentuk rasuah berdasarkan peruntukan undang-undang, bukannya tertakluk kepada pemahaman peribadi, kata Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata, RASUAH ADALAH RASUAH, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya kerana undang-undang jelas mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan pembelian undi.

“SEKSYEN 10(A) AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 adalah sangat jelas dan apa jua istilah awam digunakan mempertahankan hujah adalah tafsiran peribadi semata-mata.

“Sama ada ia ‘sedekah’ atau ‘sumbangan’, undang-undang menganggapnya sebagai rasuah yang dibayar kepada pengundi, tidak kira sama ada pengundi memintanya atau tidak,” katanya memetik laporan The Star.

Seksyen 10(a) akta berkenaan dengan perbuatan rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya, dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh calon sendiri atau oleh wakil bagi pihaknya.

Komen Azam itu susulan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini, terhadap petisyen difailkan UMNO Terengganu bagi membatalkan keputusan PRU15 di tiga kawasan Parlimen di negeri Pantai Timur itu.

Hadi berkata, mereka yang dirakam dalam video menyerahkan wang tunai kepada pengundi hanyalah melakukan kerja amal.

Ahli Parlimen Marang itu, berkata undang-undang pilihan raya menetapkan hanya calon dan ejen mereka dilarang memberi wang tunai.

Komen beliau mengundang kritikan pelbagai pihak kerana Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jelas melarang perbuatan terbabit

KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...