Translate

Memaparkan catatan dengan label #PRU 15. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #PRU 15. Papar semua catatan

03/02/2023

SPRM KENAL PASTI 90 PENERIMA 'SEDEKAH' PRU15 DI TERENGGANU

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) MENGENAL PASTI KIRA-KIRA 90 INDIVIDU yang didakwa menerima tunai untuk mengundi PAS di Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini, lapor Malaysiakini.

Portal berita itu yang memetik sumber SPRM berkata, ia sebahagian daripada siasatan berterusan terhadap video tular yang menunjukkan orang ramai menerima bayaran daripada PAS untuk mengundi.

Sumber yang rapat dengan siasatan itu berkata setakat ini, SPRM telah berjaya menjejaki hampir separuh daripada 90 individu tersebut dan mereka telah dipanggil untuk memberi keterangan.

"Lelaki dalam video yang memberikan wang tunai kepada pengundi itu juga telah dipanggil untuk disoal siasat.

“Sekarang SPRM sedang berusaha untuk memanggil seberapa ramai saksi bagi membantu siasatan. Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 90 penerima dikenal pasti (telah menerima wang tunai).

"Ada sedikit kesukaran untuk mencari mereka kerana tidak semua mereka menetap di Terengganu. Ramai yang terlibat adalah pengundi luar," kata sumber itu.

TERIMA DUIT, ANGKAT SUMPAH

Katanya, siasatan dijangka dapat diselesaikan dalam masa kira-kira dua minggu.

Tambahnya, SPRM berjaya mengenal pasti penerima wang tunai berdasarkan dokumen yang dirampas semasa siasatan.

Ia termasuk dokumen yang perlu ditandatangani oleh penerima apabila mereka ingin mengutip wang berkenaan, selain perlu mengangkat sumpah.

Selepas berakhirnya PRU 15 pada November lalu, timbul dakwaan di media sosial bahawa PAS telah memberi wang kepada pengundi.

Pengarah pilihan raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun menafikan perkara itu.

Sanusi berkata dakwaan itu merupakan helah daripada musuh politik untuk memburuk-burukkan PAS dan parti Islam itu tidak mempunyai dana untuk membayar pengundi.

Pada Januari lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mempertahankan tindakan mengagihkan wang tunai kepada pengundi.

Dia dilaporkan memberitahu media di Terengganu bahawa peraturan sedia ada hanya melarang calon yang bertanding dan wakil mereka daripada memberi wang tunai kepada pengundi.

Bagaimanapun ABDUL HADI BERKATA UNDANG-UNDANG TIDAK MENGHALANG ORANG RAMAI DARIPADA "BERSEDEKAH".

https://www.malaysiakini.com/news/653662

21/01/2023

SEDEKAH TIDAK LANGGAR PERATURAN PILIHAN RAYA, KATA HADI

PEMBERIAN wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah SEDEKAH kepada pengundi oleh orang awam, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau juga menyifatkan tindakan Umno memfailkan petisyen berhubung sogokan didakwa berlaku sewaktu kempen pilihan raya di Terengganu itu sebagai perang saraf.

 


08/07/2022

#PRU15: HADI SETUJU PAS GUNA LOGO PN


PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin berkata Bersatu dan PAS membuat keputusan akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

 “Perkara ini turut DIPERSETUJUI OLEH PRESIDEN PAS ABDUL HADI AWANG dan ia boleh disahkan oleh kepimpinan PAS. Sebagai contoh di Johor, parti yang bertanding bukan Bersatu sahaja sebaliknya PAS juga,” kata pengerusi PN itu menurut laporan Bernama.

 “Itu keputusan saya terima dan saya fikir keputusan itu masih kekal sehingga kini. Bagaimanapun, dari segi agihan kerusi ia belum diputuskan lagi,” katanya.

 Beliau turut mengakui ada beberapa parti yang cuba “mengetuk pintu” untuk menyertai PN, namun pihaknya berhati-hati untuk menerima.

 Terdahulu, Muhyiddin merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat dan Pelancaran Jentera PN Peringkat Kelantan yang turut dihadiri Pengerusi PN Kelantan Ahmad Yakob yang juga menteri besar.

 Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, untuk mengutarakan beberapa perkara penting termasuk jawatan timbalan perdana menteri.

 Beliau yang juga presiden Bersatu berkata pertemuan itu telah diadakan beberapa hari lalu supaya perjanjian PN dengan perdana menteri sebelum ini, dapat dipertimbangkan.


“Saya telah berjumpa dengan perdana menteri beberapa hari yang lepas, di mana saya telah mengutarakan beberapa perkara penting termasuk soal pelantikan dalam kerajaan, bukan sahaja mengisi kekosongan tetapi termasuk pelantikan-pelantikan baharu.

 “Kita tidak minta lebih daripada (perjanjian) itu tetapi hanya soal pelantikan timbalan perdana menteri dan menteri, serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-badan berkanun serta peruntukan kerajaan,” katanya.

RUJUKAN: hKLIK DISINI DAN BACA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...