Translate

03/02/2023

SPRM KENAL PASTI 90 PENERIMA 'SEDEKAH' PRU15 DI TERENGGANU

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) MENGENAL PASTI KIRA-KIRA 90 INDIVIDU yang didakwa menerima tunai untuk mengundi PAS di Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini, lapor Malaysiakini.

Portal berita itu yang memetik sumber SPRM berkata, ia sebahagian daripada siasatan berterusan terhadap video tular yang menunjukkan orang ramai menerima bayaran daripada PAS untuk mengundi.

Sumber yang rapat dengan siasatan itu berkata setakat ini, SPRM telah berjaya menjejaki hampir separuh daripada 90 individu tersebut dan mereka telah dipanggil untuk memberi keterangan.

"Lelaki dalam video yang memberikan wang tunai kepada pengundi itu juga telah dipanggil untuk disoal siasat.

“Sekarang SPRM sedang berusaha untuk memanggil seberapa ramai saksi bagi membantu siasatan. Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 90 penerima dikenal pasti (telah menerima wang tunai).

"Ada sedikit kesukaran untuk mencari mereka kerana tidak semua mereka menetap di Terengganu. Ramai yang terlibat adalah pengundi luar," kata sumber itu.

TERIMA DUIT, ANGKAT SUMPAH

Katanya, siasatan dijangka dapat diselesaikan dalam masa kira-kira dua minggu.

Tambahnya, SPRM berjaya mengenal pasti penerima wang tunai berdasarkan dokumen yang dirampas semasa siasatan.

Ia termasuk dokumen yang perlu ditandatangani oleh penerima apabila mereka ingin mengutip wang berkenaan, selain perlu mengangkat sumpah.

Selepas berakhirnya PRU 15 pada November lalu, timbul dakwaan di media sosial bahawa PAS telah memberi wang kepada pengundi.

Pengarah pilihan raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun menafikan perkara itu.

Sanusi berkata dakwaan itu merupakan helah daripada musuh politik untuk memburuk-burukkan PAS dan parti Islam itu tidak mempunyai dana untuk membayar pengundi.

Pada Januari lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mempertahankan tindakan mengagihkan wang tunai kepada pengundi.

Dia dilaporkan memberitahu media di Terengganu bahawa peraturan sedia ada hanya melarang calon yang bertanding dan wakil mereka daripada memberi wang tunai kepada pengundi.

Bagaimanapun ABDUL HADI BERKATA UNDANG-UNDANG TIDAK MENGHALANG ORANG RAMAI DARIPADA "BERSEDEKAH".

https://www.malaysiakini.com/news/653662

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...