Translate

Memaparkan catatan dengan label Pulau Perhentian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pulau Perhentian. Papar semua catatan

01/08/2012

KEDATANGAN PELANCUNG TERJEJAS

KUALA TERENGGANU, 31 Julai (Bernama)-- Akibat perselisihan faham dengan pemandu bot pelancong, seorang pelancong Eropah cedera di belakang badan akibat ditikam dengan senjata tajam dalam kejadian di Pulau Perhentian, Besut, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu pemandu bot berkenaan bertindak menyerang pelancong berkenaan bersama seorang lagi rakannya.

Katanya akibat kejadian itu mangsa yang berusia 24 tahun itu cedera di belakang badan dan dihantar ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

"Mangsa telah dihantar ke HUSM untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Manoharan berkata pemandu bot yang berusia 28 tahun itu telah menyerah diri kira-kira pukul 10 malam tadi.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau objek berbahaya.

04/10/2011

50 unjang ditanam di perairan laut Pulau Perhentian


Sebanyak 50 unjang ditanam di dasar laut perairan Pulau Perhentian oleh ahli Persatuan Kebjikan dan Rekreasi Nelayan (PKRN) Kota Putera untuk dijadikan tempat ikan berkumpul.

Satu majlis ringkas menurunkan unjang berkenaan ke laut dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof. Hadir sama Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

28/07/2011

MOSTI Labuh Tukun Tiruan Di Taman Laut Pulau Perhentian

View Image

BESUT, 26 Julai (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melabuhkan lapan unit tukun tiruan berhampiran kawasan Taman Laut Pulau Perhentian sebagai usaha meningkatkan pembiakan ikan dan hidupan laut sebagai sumber ekonomi penduduk untuk jangka masa panjang.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementerian, Datuk Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad berkata usaha melabuhkan Tukun Inovasi Mesra Alam yang dilaksanakan di bawah Program Tapmosti@Community itu merupakan yang ketiga dilakukan di negara ini selepas kawasan perairan Pulau Sapi, Sandakan dan Pulau Sebatik, Tawau, Sabah.

24/05/2011

Pelancongan sukan di Pulau Perhentian

BESUT: Satu kawasan perairan berdekatan Pulau Perhentian yang bersempadan dengan perairan antarabangsa akan dijadikan sebagai pusat pelancongan sukan memancing dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi tahun ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...